Bab 7

Romance Series 2053

Amira dan Mimi mengambil angin disekitar kawasan rumah. Angin petang yang menyapa mereka sungguh menyamankan.

"Amira, jom pergi sungai nak? Kau tak pernah tengok sungai kat kampung ni lagi. Nanti, comfirm kau ajak aq pegi lagi. Jom." Mimi menarik tangan Amira. Mereka berjalan menuju kesungai.

Tiba di sungai, mereka terus duduk dipinggir sungai dan bermain air. Selepas puas berurau-sunda dengan Amira di situ, Mimi mengajak Amira pergi ke sungai sebelah untuk melihat ikan-ikan kecil disitu. Tetapi paras airnya agak dalam. Jadi mereka hanya main ditepi sahaja.

"Lily, aq nak balik kejap erk? Nak buang hajat la. Tak tahan dah ni. Bye... Nanti aq datang balik ye." Amira terus bangun lalu berlari anak menuju ke rumah. Tinggal Mimi seorang disitu.

Tiba-tiba, dia tersalah pijak apabila dia ingin bangun untuk pergi ke sungai sebelah. Dia tidak tahu berenang. Sekuat-kuat hatinya dia meminta tolong. Tapi tiada siapa disitu. Setelah puas meminta tolong, akhirnya ada jejaka yang menyelamatkannya. Terkapai-kapai Mimi. Mujurlah ada orang yang lalu disitu. Kalau tidak, apalah yang terjadi pada dirinya.

"Terima kasih, sebab selamatkan saya." Mimi berterima kasih, tetapi dia masih belum melihat empunya wajah yang selamatkannya tadi.

"Lain kali, jangan main dekat tempat yang dalam kalau diri tu tak pandai berenang. Nasib baik aku lalu tadi. Kalau tak, dah Innalillah dah kau, tahu tak?" Balas sinis jejaka itu. Mimi sudah dapat mengesan empunya suara. Tak mungkin..

"Eh, apa kau buat kat sini?" Terkejut beruk Mimi. Yang selamatkannya tadi... Aiman Fariq, mamat bajet yang selalu membulinya.

"Ni kampung aku, suka hati aku la." Balasnya. Dia sedang mengeringkan bajunya. Habis basah semua pakaiannya gara-gara ingin menyelamatkan Mimi.

"Hah? Ka....kampung kau kat sini?" Sekali lagi Mimi terkejut mendengar kenyataan yang baru meluncur keluar dari mulut Aiman.

"Asal? Kau ingat kau sorang je yang boleh ada kampung dekat sini?" Balas sinis Aiman lagi. Ish, kenapa kaki ni rasa ringan bila dengar ayat mamat bajet ni. Rasa macam nak bagi sepakan penalti satu kali. Sabar Mimi, sabar.

"Boleh tak kalau kita tak bergaduh, baik-baik, cakap elok-elok, tak ada pertengkaran. Boleh tak?" Mimi memandang Aiman sambil buat muka tak puas hati. Ada ja yang Aiman ni tak puas hati dengan Mimi.

"Boleh. Tapi dengan satu syarat." Mata Mimi kini tepat menikam pandangan Aiman.

"Kita refresh balik. Start with your name." Eleh. Itu je. No problem. Tapi bukan dia dah tau nama aq ke. Dulu dekat college, bukan main lagi, asyik nama aq je yang diseru.

"Okay. Nur Mimi Dalily binti Ismail." Mimi menghulurkan tangan kepada Aiman. Tanda perkenalan.

"Aiman Fariq bin Muhd." Huluran disambut.

Mereka berbalas senyuman. Seakan-akan beru berkenalan.

"Dah. Biar aku hantar kau balik rumah. Kau pun dah kesejukan tu. " Aiman bangun lalu menarik Mimi ke keretanya. Dia menghulurkan jaket miliknya yang disangkut dalam kereta apabila dia melihat Mimi sedang kesejukan. Mereka masuk kedalam perut kereta itu. Lalu kereta dipandu sehingga tiba di rumah Mimi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience