BAB 1

Romance Completed 10359

AKu keliru dan dalam dilema, dengan sekelip mata apa yang aku impikan berkecai. Ini adalah jalan yang dapat memuaskan hati semua orang tapi bukan diriku. Aku tahu dalam hatiku yang paling terdalam akan ada sesuatu yang akan berlaku, namun aku tak pasti sama ada ianya baik atau buruk bagiku. Apa yang pasti saat ini semuanya berantakan.

“Aku terima nikahnya Aisy Qaisara binti Azman dengan…”

Aisy Qaisara yang hanya menyaksikan akad nikah daripada Adam Danial mengalirkan air mata. Sungguh hatinya sakit untuk menerima kenyataan yang lelaki itu kini menjadi suaminya yang sah. Mengapa begitu banyak perempuan lain dia juga yang dipilih? Kenapa keluarganya sanggup menerima pinangan daripada lelaki yang tidak dikenalinya? Begitu banyak tanda tanya yang bersarang di otak Aisy Qaisara.

“Qaisara, hulurlah tangan tu.” Datin Amira menegur anaknya. Aisy Qaisara yang baru tersedar hanya menurut sahaja kehendak mamanya. Tangannya dihulurkan untuk majlis pembatalan air sembahyang.

“Terima kasih kerana sudi jadikan saya lelaki yang halal untuk awak.” Ucap Adam Danial sebelum mencium dahi isterinya. Akhirnya selama 7 tahun dia menunggu Aisy Qaisara, hari ini secara sahnya sekeping hati wanita itu menjadi miliknya semula.

Selesai sahaja majlis akad nikah, Aisy Qaisara terus menghilangkan diri di dalam biliknya. Air matanya mengalir tanpa henti. Di saat orang lain yang sebayanya sedang bergembira di luar sana, dia di sini sudah bertukar status sebagai seorang isteri.

“Qaisara kenapa awak menangis ni?” Tegur Adam Danial lembut sebelum mendapatkan isterinya. Jika ikutkan kata hati ingin saja dia menyeka air mata isterinya dari terus menitis.

“Ah! Kau tak payah nak buat baiklah. Apa kau nak dalam hidup aku? Kau dengar sini, walaupun kau tu dah jadi laki aku tapi jangan pernah bermimpi kau dapat memiliki aku secara mutlak!” Aisy Qaisara bersuara dingin.

“Qaisara saya minta maaf kalau saya bersalah tapi…”

“Dah cukuplah Adam. Kau tu kahwin dengan aku semata-mata sebab harta keluarga aku je kan? Macam ni lah, mungkin dalam sijil kahwin tu tertera yang nama kau adalah suami aku tapi dalam dunia realiti aku nak bebas. Kau hanya perlu nyatakan berapa yang kau nak dan aku akan bayar seperti yang kau pinta!” Aisy Qaisara membuat tawaran. Adam Danial hanya mampu mendiamkan diri, fikirnya hari ini mungkin isterinya itu masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku dan kerana hormatkan ini rumah keluarga mentuanya dia terpaksa mengalah.

Saya tahu rumah awak dua kali lebih besar dari apa yang saya boleh beri dekat awak tapi Insya-Allah ini semua hanya sementara.” Adam Danial mempelawa isterinya ke rumah sementara mereka. Aisy Qaisara hanya menurut.

“Bilik aku yang mana?” Aisy Qaisara memeriksa keadaan rumah yang bakal di diaminya. Buat masa ni dia berpuas hati dengan apa yang ada.

Adam Danial mengukirkan senyuman manis sebelum menjawab soalan Aisy Qaisara. “Terpulang dekat awak tapi ada satu syarat.”

“Syarat? Apa dia?” Soal Aisy Qaisara ingin tahu.

“Saya beri awak dua pilihan. Sama ada awak tidur sebilik dengan saya tetapi bebas untuk melakukan aktiviti harian awak seperti biasa atau kita tidur berasingan bilik tapi dengan syarat setiap kali awak nak melangkah keluar dari rumah ni mesti minta keizinan saya dulu. Jadi macam mana? Apa pilihan awak?” Adam Danial mengutarakan syaratnya. Aisy Qaisara tersentap seketika kerana tidak menyangka lelaki ini akan menjeratnya sedemikian rupa.

“Pilihan yang gila!” Protes Aisy Qaisara yang tidak berpuas hati.

“Tapi itu saja pilihan yang ada. Awak nak yang mana?” Buat seketika dia memberi ruang untuk wanita yang dicintainya itu berfikir sejenak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience