BAB 7

Romance Completed 10359

Adam Danial meletuskan tawa. “Hai, naik troli tolak sendiri?”

“Dah tak ada orang nak tolong tolakkan.” Balas Aisy Qaisara spontan.

Tangan Aisy Qaisara yang berada di atas meja diraih perlahan. “Awak tahukan saya cintakan awak?”

“Tahu!” sepatah saja jawapan yang keluar dari mulut Aisy Qaisara.

“Dan awak?”

“Biarlah rahsia.” Aisy Qaisara sengaja mengelak. Walaupun hatinya sudah lama melahirkan rasa cinta buat suaminya tetapi lidahnya belum mampu mengungkapkannya.

“Aisy Qaisara, kalau saya nak awak berjanji sesuatu boleh tak?” nada suara Adam Danial kembali serius.

“Apa dia?”

“Kalau suatu hari nanti saya tiada lagi di hadapan awak. Boleh tak awak berjanji yang awak akan terus menjadi insan seperti sekarang. Sentiasa tersenyum bukan seorang yang kuat marah, berusaha menjadi muslimah yang terbaik bukan seorang kaki kelab dan saya nak awak akan sentiasa menjadi seorang yang tabah menghadapi ujian Allah.” Tangan yang berada di dalam genggaman suaminya ditarik kasar.

“Apa maksud awak? Awak nak tinggalkan saya ke?” tanpa dipinta air mata mula bergenang di kelopak matanya.

“Tak adalah. Kan saya kata ‘kalau’. Nampaknya sudah terbukti sekarang ni awak sangat cintakan saya.” Adam Danial mengukirkan senyuman. “Boleh tak awak berjanji ni?” soal Adam Danial sekali lagi.

“Buat masa sekarang ni saya tak boleh berjanji apa-apa lagi. Sebab saya tak sanggup kehilangan awak.” Akui Aisy Qaisara.

Hari ini Aisy Qaisara terasa begitu bosan duduk di rumahnya dan kebetulan pula barang rumah sudah hampir berkurangan. Dia sengaja menggunakan alasan itu untuk keluar rumah. Telefon bimbitnya dicapai.

‘Awak, saya nak keluar beli barang dapur.’ Punat ‘hantar’ di tekan. Tidak sampai seminit mesej daripada Adam Danial pula yang masuk.

‘Okey, jaga diri.’

Semua barang dapur yang ingin dibeli sudah dibayar. Aisy Qaisara yang sedang memandu kereta mencari kedai makan untuk dia makan tengahari. Jam sudah pun hampir menginjak ke angka 2 petang tetapi dari tadi tiada sebutir nasi pun yang ditelannya. Aisy Qaisara sengaja memilih Restoran Secret Recipe. Jejak saja kakinya ke kedai itu satu susuk tubuh lelaki yang sangat dikenalinya menyapa retina mata.

Kerana keinginan hatinya untuk mendapatkan kepastian. Aisy Qaisara meluru laju mendapatkan lelaki itu yang sedang berborak dengan seorang wanita yang sangat cantik.

“Adam Danial?” Aisy Qaisara menyapa lelaki itu. Adam Danial yang sedang ketawa mendengar cerita wanita itu mematikan ketawanya. Wajahnya di angkat menoleh ke arah pemilik suara yang menegurnya.

“Jadi ni punca kenapa awak dah tak layan saya seperti dulu? Ini perempuan yang awak cintai? Adam Danial kenapa awak tak jujur dengan saya? Kenapa awak tipu saya?” Bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Aisy Qaisara. Nasiblah keadaan di restoran itu agak lengang kerana sekarang adalah waktu bekerja.

“Qaisara cukuplah. Jom kita balik.” Ajak Adam Danial lembut.

“Tak nak! Kenapa? Awak takut hakikat sebenar yang kita sudah berkahwin?” Soal Aisy Qaisara dengan tidak puas hatinya.

“Diam! Awak nak cakap, awak cakaplah tapi itu dekat rumah bukan dekat sini! Ikut saya balik!.” Suara Adam Danial meninggi memarahi isterinya. Pergelangan tangan isterinya ditarik kasar menuju ke kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience