BAB 9

Romance Completed 10359

“Dia sakit Kak Qaisara. Sekarang Abang Adam koma. Dia menghidap barah otak peringkat akhir…” Hasanah yang sebak tidak dapat meneruskan cakapnya. Aisy Qaisara yang mendengar pula tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“Tak payah buat cerita nak meraih simpatilah. Sebelum ni dia tak ada apa-apa pun.” Ujar Aisy Qaisara cuba menyedapkan rasa hatinya.

“Itu sekadar luaran kak, tapi hakikat sebenar hanya Abang Adam saja yang tahu. Dah lama Abang Adam menanggung sakit, selama ni hidupnya hanya bergantung pada ubat. Tapi makin hari penyakitnya makin teruk.”

“Ya Allah, Kenapa dia buat akak macam ni Hasanah? Susah sangat ke dia nak beritahu hal yang sebenar?” Aisy Qaisara bersuara lirih. Dia ingin tahu kenapa suaminya sanggup menyembunyikan hal seberat itu daripada pengetahuannya.

“Sebab dia sayangkan Kak Qaisara. Dia tak nak sepanjang dia sakit akak akan rasa terseksa menghadapinya. Sebab tu dia menyembunyikan semua hal ini daripada pengetahuan semua orang kecuali saya sendiri.” Hasanah menjelaskan hal yang sebenar.

Adam Danial awak memang kejam! Kenapa awak perlu menanggung semua ni seorang diri? Desis hati Aisy Qaisara.

“Hasanah bawa akak jumpa Abang Adam. Akak nak jumpa dia. Tolong Hasanah.” Aisy Qaisara merayu untuk berjumpa suaminya. Hasanah hanya mampu mengangguk tanda setuju.

Sampai sahaja di hospital, Aisy Qaisara terus menuju ke wad yang menempatkan suaminya. Melihat sahaja keadaan Adam Danial terkulai kaku di atas katil hospital membuatkan Aisy Qaisara sendiri yang longlai, dia berusaha berjalan meninggalkan bilik yang menempatkan suaminya tetapi dia yang terlorot jatuh ke lantai kerana tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan matanya.

“Kak dah lah jangan nangis. Akak kena kuat semangat. Apa yang akak rasa akan menyakitkan lagi Abang Adam. Akak tak kan pernah berpisah dengan Abang Adam.” Hasanah memujuk Aisy Qaisara yang menangis teresak-esak.

“Akak terkilan Hasanah. Sebab Abang Adam kehidupan akak telah berubah. Tanpa dia menjadi imam akak, akak mungkin terus hanyut dalam dunia sosial yang tidak tahu erti dosa dan pahala, haram dan halal. Sebab Abang Adam jugalah akak cuba menjadi isteri yang solehah. Sepanjang tiga bulan akak berdoa kepada Allah supaya akak akan bertemu lagi dengan Abang Adam. Tapi kenapa Abang Adam biarkan akak tidak tahu apa-apa. Apa salahnya kalau dia kongsikan penderitaan tu bersama akak?” Rintih Aisy Qaisara dalam dakapan Hasanah.

“Doktor Hasanah, pesakit yang bernama Adam Danial berada dalam keadaan kritikal.” Seorang jururawat memanggil Hasanah. Hasanah yang terkejut menerima berita itu berlari mendapatkan bilik yang menempatkan abangnya.

“Abang, itu anak kita!” Dari jauh suara milik Datin Amira menarik perhatian Aisy Qaisara.

“Mama, papa tolong Qaisara. Qaisara tak sanggup nak kehilangan Adam.” Aisy Qaisara mendapatkan mama dan papanya. Mamanya dipeluk erat semua rasa sedihnya dilepaskan dalam pelukan Datin Amira.

“Sayang sabarlah. Ini semua ujian Allah untuk kita. Kita perlu percaya dengan Qada’ dan Qadar Allah. Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui setiap apa yang dirancangnya.” Pujuk Datin Amira menenangkan anaknya yang masih lagi tidak berhenti menangis.

“Kak Qaisara, Abang Adam nak jumpa.” Panggil Hasanah dengan air matanya sentiasa mengalir.

Masuk sahaja ke dalam wad. Aisy Qaisara berusaha menahan tangisannya. Dia menghampiri sekujur tubuh suaminya yang terbaring lesu, di badannya berselirat dengan pelbagai wayar.

Aisy Qaisara mengenggam lembut tangan suaminya. Air mata yang ditahannya tetap juga ingin menitis ke pipi. “Abang, ni saya Qaisara. Isteri abang.” Aisy Qaisara berusaha untuk bersuara. Sengaja dia menggunakan perkataan ‘abang’ untuk memanggil Adam Danial.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience