BAB 3

Romance Completed 10392

“Ishh! Jangan nak main-mainlah. Dah makan belum?” Pipi Aisy Qaisara berona merah kerana terasa malu dengan pertanyaan daripada Adam Danial. Dia sengaja menukar tajuk perbualan supaya suaminya itu faham akan keadaannya.

“Belum. Tunggu isteri saya lambat sangat nak balik. Awak nak makan ke? Kalau nak makan jom kita masak sama-sama. Nak?”

Tanpa berfikir terlebih dahulu laju sahaja Aisy Qaisara mengangguk setuju. “Boleh, tapi awak tunggu bawah dulu. Saya nak tukar baju.” Putus Aisy Qaisara. Adam Danial menghantar isterinya ke bilik dengan senyuman kegembiraan.

Adam Danial mengetuk-ngetuk pintu bilik Aisy Qaisara. Dengan malas Aisy Qaisara terpaksa juga turun dari katil membuka pintu. “Bisinglah! Awak nak apa?” Soal Aisy Qaisara dengan suara yang meninggi kerana tidurnya terganggu dengan ketukan pintu daripada Adam Danial.

“Awak jom solat subuh. Saya imamkan.” Adam Danial mengajak isterinya untuk solat berjemaah.

“Tak nak! Kalau awak nak solat pergi solat sendiri. Saya nak tidur!” Jawab Aisy Qaisara dalam keadaan separuh sedar. Pintu bilik ingin ditutupnya tetapi berjaya ditahan oleh Adam Danial.

“Qaisara hidup mati kita ni misteri. Mungkin sekarang awak sedar dan lebih baik awak gunakan peluang ini untuk solat atau sekejap lagi di saat awak nyenyak tidur tiba-tiba tanpa sedar orang lain yang tolong solatkan untuk awak.” Adam Danial cuba menggunakan pendekatan psikologi untuk menarik isterinya solat berjemaah.

Berdiri bulu roma Aisy Qaisara mendengarkan hujah suaminya. Sebelum ini banyak kali mama dan papanya ingatkan tapi buat kali pertama apa yang keluar daripada mulut Adam Danial memberi kesan di hatinya.

“Iya lah, tunggu saya bersiap dulu.” Aisy Qaisara terpaksa juga beralah dengan ajakan Adam Danial. Walaupun ketika ini dia terasa begitu malas tetapi hatinya berusaha untuk melawan semua perasaan yang menggelapkan hati dan hidupnya.

Adam Danial menjadi imam manakala Aisy Qaisara menjadi makmum. Baginya ini pertama kali dia solat berjemaah setelah sekian lama mengabaikan tanggungjawab kepada agama dan buat seketika air mata Aisy Qaisara membasahi pipinya. Jauh di sudut hatinya, dia berasa begitu tenang mendengar setiap alunan merdu dari bibir suaminya membacakan ayat-ayat atau surah dari kalam suci Allah. Sudah begitu lama dia tidak mengabdikan diri bersujud kepada Allah, semakin menjauh dengan hidayah yang dianugerahkan oleh Maha Pencipta untuk makhluk ciptaan-Nya.

“Qaisara keluar jom.” Aisy Qaisara yang sedang menonton televisyen mengalihkan pandangannya ke arah Adam Danial.

“Nak buat apa tengahari macam ni keluar. Malaslah!”

“Jom lah sayang… Saya tahu awak kuat membeli belah, hari ni saya teman. Awak pergi siap, saya tunggu.” Pujuk Adam Danial bersama dengan senyuman menggoda. Aisy Qaisara yang geram dengan perangai suaminya membaling bantal kecil sebelum dia berlalu masuk ke dalam bilik.

“Aisy Qaisara…” Panggil Adam Danial lembut.

“Apa dia?” Aisy Qaisara menoleh ke arah Adam Danial yang berada di ruang tamu.

“Jangan pakai baju yang ketat-ketat tau. Nanti saya cemburu.” Usik Adam Danial manja. Aisy Qaisara yang mendengar hanya tersenyum.

Aisy Qaisara hanya mengikut sahaja ke mana suaminya itu pergi. Nak kata dia yang membeli belah satu baju pun dia belum pilih tetapi lelaki itu pula yang belanja lebih daripada dia.

“Awak tak nak beli baju ke?” Soal Adam Danial yang baru perasan isterinya itu tidak membeli apa-apa dari tadi.

“Nak beli macam mana kalau dari tadi kita ni asyik masuk kedai pakaian lelaki je.” Aisy Qaisara sengaja menarik muncung yang panjang.

“Isteri saya ni merajuk ke? Baiklah, jom kita pergi beli baju awak pula.” Adam Danial memegang erat tangan isterinya sebelum mereka sama-sama menuju ke kedai pakaian wanita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience