BAB 4

Romance Completed 10359

“Qaisara sini sekejap!” Adam Danial mengajak Aisy Qaisara singgah ke satu kedai tudung. Dari jauh matanya sudah berkenan dengan warna tudung tu. “Nah, cuba awak pakai ni. Saya yakin sangat kalau awak pakai tudung macam ni tentu lagi ayu.” Adam Danial sudah terbayangkan isterinya memakai tudung tersebut.

“Tudung?” Soal Aisy Qaisara pelik. Walaupun sebelum ini tidak terlintas langsung di mindanya untuk memakai tudung tetapi hatinya begitu tersentuh mendengarkan permintaan daripada Adam Danial.

“Yalah, tudung. Kenapa tak tahu nak pakai ke?”

Laju Aisy Qaisara menggelengkan kepalanya. Bukan tak tahu, tapi tak biasa. Kenyataan yang hanya mampu diluahkan di dalam hati.

“Nak ke mana?” tanya Aisy Qaisara yang baru perasan suaminya membawa tudung itu ke kaunter.

“Nak bayarlah.” Balasnya selamba.

Usai sahaja menunaikan solat maghrib berjemaah. Adam Danial menyuruh isterinya bersiap untuk ke jamuan makan malam. Aisy Qaisara menuju ke biliknya dan gaun merah jambu yang dibeli khas oleh Adam Danial diambilnya dari dalam almari. Baju yang masih lagi elegan tetapi tidak mengikut potongan badan sangat sesuai di tubuhnya.

Sedang Aisy Qaisara ingin merapikan rambutnya, hatinya terdetik untuk mencuba tudung yang dipilih oleh suaminya semalam dan kebetulan pula tudung itu sangat sesuai dengan warna bajunya. Sejak akhir-akhir ini hati Aisy Qaisara menjadi tenang dengan adanya Adam Danial. Apa saja permintaan lelaki itu begitu mudah Aisy Qaisara akan turuti. Kerana insan yang bernama Adam Danial jugalah dia kini telah berhijrah ke arah yang lebih baik dan positif.

“Ni isteri saya Aisy Qaisara binti Datuk Azman ke?” Soal Adam Danial serius.

“A’ha lah, kenapa?” Aisy Qaisara pula yang pelik dengan suaminya.

Adam Danial tersenyum seketika dia hanya melihat dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki. Buat pertama kali isterinya hari ini memakai pakaian yang menutup aurat.

“Awak tak pelik ke nak pakai macam ni?” Adam Danial sengaja menguji reaksi isterinya.

“Nak buat apa pelik? Saya orang Melayu Islam bukannya orang Melayu dan ini sepatutnya yang saya kena pakai sejak dari dulu lagi.” Balas Aisy Qaisara tenang.

“Awak bukan pakai macam ni sebab saya?”

“Tak! Saya pakai macam ni kerana Allah dan awak adalah pendorongnya.”

Ya Allah, Alhamdulillah. Segala puji bagimu Allah. Adam Danial memanjatkan syukur dalam hatinya.

“Encik Adam Danial kenapa awak ni? Jomlah pergi cepat!” tegur Aisy Qaisara yang mula tidak selesa apabila mata Adam Danial menjamah seluruh wajahnya.

“Saya cuma terpana dengan kecantikan bidadari yang telah Allah ciptakan untuk saya.” Aisy Qaisara menarik senyum apabila dirinya dipuji.

Bangunan yang tersergam indah di hadapannya membuatkan Aisy Qaisara terus menyoal suaminya. “Ni syarikat siapa?”

“Ni lah tempat saya bekerja. Jom kita masuk dulu, mama dengan papa awak pun ada tau.” Adam Danial mengajak isterinya masuk, tangan Aisy Qaisara dipimpin kemas.

Masuk sahaja di lobi syarikat itu. Semua mata tetamu tertacap ke arah mereka berdua. Aisy Qaisara yang merasa pelik memandang suaminya untuk meminta penjelasan. Tetapi lelaki itu hanya mengenyitkan matanya. Dari jauh Datuk Azman bersama dengan Datin Amira menghampiri mereka berdua.

“Abang tengoklah anak kita dah berubah. Alhamdulilah akhirnya Adam juga yang berjaya mengubah hidup Aisy Qaisara.” Datin Amira yang gembira dengan penghijrahan anaknya mengucapkan rasa syukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience