BAB 5

Romance Completed 10359

“Sebab tu abang hendak sangat Adam yang jadi menantu kita.” Balas Datuk Azman.

Adam Danial hanya tersenyum saja mendengar perbualan ibu bapa mertuanya. Aisy Qaisara pula menjeling suaminya. Sukalah tu kena puji. Desis hatinya. Sedang Aisy Qaisara khayal melihat wajah suaminya, lampu di lobi pejabat terpadam sendiri. Aisy Qaisara yang takut gelap memeluk erat suaminya. Buat seketika ruang antara Aisy Qaisara dan Adam Danial menjadi terang dengan cahaya lilin yang dipegang oleh beberapa orang yang tidak di kenalinya.

“Selamat Hari Lahir Sayang.” Bisik Adam Danial lembut di telinga isterinya sambil menghulurkan pisau plastik untuk memotong kek dua tingkat yang berada di hadapan mereka.

Aisy Qaisara yang terharu dengan sikap suaminya tersenyum manis sebelum menyambut huluran itu. Kek di depan matanya dipotong dan lampu terus terpasang semula seperti asal.

“Terima kasih.” Ucap Aisy Qaisara dengan lembutnya. Kek pertama yang baru di potongnya disuapkan untuk Adam Danial.

“Sayang jom ikut saya.” Adam Danial menarik tangan Aisy Qaisara ke pentas. Aisy Qaisara hanya mengikut sahaja langkah suaminya tanpa banyak bunyi.

“Assalamualaikum. Terima kasih saya ucapkan kepada semua tetamu yang sudi hadir ke jamuan ulang tahun pembukaan syarikat ini serta sambutan hari lahir untuk isteri yang sangat saya cintai iaitu Aisy Qaisara binti Datuk Azman. Saya bersyukur sangat selama dua tahun syarikat ini sudah beroperasi tetapi pada ulang tahun yang ketiga baru saya berkesempatan untuk membawa pendorong yang membuatkan saya berusaha sehingga berjaya seperti hari ini, dan kerana dia jugalah saya sengaja membuka syarikat ini pada tarikh yang sama dengan hari lahirnya.” Aisy Qaisara yang berada di sebelah Adam Danial tersentuh dengan pengakuan suaminya.

“Aisy Qaisara, sebaris nama yang cukup indah. Dia adalah permaisuri yang telah memiliki sebelah hati saya dan saya yakin yang Allah telah ciptakan dia untuk saya. Selama tujuh tahun, saya terpaksa memendam perasaan cinta buat Aisy Qaisara kerana saya sedar siapa sebenarnya saya jika ingin dibandingkan dengannya. Tapi 5 bulan yang lepas, akhirnya dia menjadi milik saya yang sah dan hari ini secara rasminya saya ingin menyerahkan separuh saham daripada syarikat ini untuk orang yang sangat bermakna dalam hidup saya.”

Aisy Qaisara bagaikan tidak percaya dengan apa yang di dengarnya. Adam Danial yang berada di sebelah Aisy Qaisara melepaskan tangannya daripada pegangan Aisy Qaisara dan menarik isterinya untuk mereka saling berhadapan. “Aisy Qaisara apa yang saya lakukan hari ini masih tidak cukup untuk menunjukkan betapa saya cintakan awak.” Ucap Adam Danial dengan nada yang sangat romantik.

Air mata yang cuba di tahan akhirnya jatuh jua ke pipi. Rasa sebak tidak dapat dibendungnya. Ya Allah betapa butanya mata dan hatiku untuk melihat pengorbanan suamiku selama ini. Andai ini memang takdir dariMu, kau kekalkan jodoh kami sehingga ke jannah. Sesungguhnya dia adalah imam yang telah mengubah hidupku. Doa Aisy Qaisara sebelum memeluk suaminya.

SEBULAN KEMUDIAN…

“Awak kenapa muka pucat ni? Awak tak sihat ke?” Aisy Qaisara yang perasan dengan perubahan Adam Danial menyoal prihatin.

“Tak ada apa-apa. Cuma penat sikit.” Jawab Adam Danial dingin. Hampir seminggu suaminya itu sudah berubah perangai. Kadang kala Aisy Qaisara terasa dengan cara layanan lelaki itu, tetapi semua perasaan buruk cuba dibuang ke tepi.

“Awak lapar tak? Saya dah masak, jom makan.” Ajak Aisy Qaisara, tangannya yang ingin memegang tangan suaminya ditepis kasar oleh Adam Danial.

“Kalau awak lapar pergi makan sendiri. Saya tak nak! Jangan ganggu saya!” Adam Danial memberi amaran.

Adam Danial menghilangkan diri ke dalam bilik, pintu biliknya dihempas kasar. Aisy Qaisara yang tersentak dengan kelakuan suaminya cuba menahan air matanya daripada menitis ke pipi. Tapi rasa sakit hatinya tetap tidak dapat ditahan lagi. Kenapa suaminya itu sanggup melayannya sebegitu rupa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience