BAB 1

Romance Completed 2389

Nama aku ialah Humaira Azzahra Binti Muhammad Adam. Tahun ini usiaku meningkat ke-18 tahun.

Aku mempunyai enam orang adik-beradik dan aku anak yang ketiga. Keluarga bukanlah dari orang yang berada. Kami hanya orang sederhana yang kadang-kala meminta simpati orang lain juga.

Ibu dan ayahku bekerja sebagai pengawal di sekolah aku. Abang aku yang sulung bernama Muhammad Yusuf atau kami adik-beradik memanggil dia, Along berusia 23 tahun.

Dia bukanlah seorang yang sihat tubuh badannya tetapi dia kuat untuk membantu ibu dan ayah mencari rezeki dengan bekerja di bengkel milik kawannya. Kaki kiri Along tempang sejak lahir lagi.

Abang keduaku, Muhammad Ayub atau kami memanggil dia, Angah berusia 21 tahun. Angah seorang yang pandai orangnya, sekarang dia sedang melanjutkan pelajarannya di bandar Kuala Lumpur dengan jurusan kedoktoran.

Dan dibawah aku ada tiga orang adik yang bernama Hanisa Azzahra berusia 15 tahun, Muhammad Idris berusia 9 tahun dan yang bongsu, Husna Azzahra berusia 6 tahun.

Aku mengambil keputusan untuk menolong Along bekerja di bengkel. Aku tiada niat untuk sambung belajar lagi walaupun beberapa kali ibu dan ayah bertanya. Biarlah Angah habiskan pengajiannya kemudian barulah aku berfikir untuk menyambung pengajianku pula.

Aku kasihan kepada ayah, ibu dan along yang bertungkus-lumus bekerja untuk menampung angah di bandar sana.

Di Kuala Lumpur, kos sara hidup sangat tinggi. Aku dengar dari along, kos untuk hidup sebulan sahaja angah perlukan RM500 untuk dia seorang sahaja. Macam mana aku nak sambung belajar, biarlah aku timba pengalaman dengan bekerja dulu.

Bukan sahaja nak tampung pengajian angah. Yuran dan duit belanja sekolah untuk Hanisa, Idris dan Husna lagi. Terlalu banyak. Biarlah aku beralah dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience