BAB 3

Romance Completed 2389

Hari ini ayah dan ibu lewat pulang ke rumah kerana shift mereka pada waktu malam dan pulang pada keesokkannya. Aku membawa adik-adik ke bengkel dan aku menyuruh mereka menyiapkan kerja rumah yang dibekalkan oleh guru mereka. Hari ini Husna dan Idris banyak merungut apabila aku membelikan mereka roti canai untuk mengalas perut.

“Husna tak nak makan! Husna nak nasi goreng ayam macam kawan-kawan kat sekolah selalu makan...”

“Idris pun tak nak makan. Idris nak nasi goreng pattaya...”

Semuanya merungut. Nasib baik Hanisa tidak ikut serta. Kalau tidak naya aku nak melayan mereka yang minta makanan melebihi bajet yang sepatutnya. Tiba-tiba Along datang dan melabuhkan punggungnya di atas pangkin sebelah Idris dan Husna.

“Adik-adik, abang nak makan spesial hari ni, ya. Nanti abang suruh Kak Lang belikan, ya.”

Aku membulatkan mataku. Along selalu manjakan adik-adiknya termasuklah aku. Apa yang kami nak tapi tak dapat, pasti dia akan dapatkan hari itu jugak walaupun aku tahu dia tidak berduit sangat.

“Along, mahal lah makanan tu. Semuanya RM5 ke atas.” Bantah aku. Along menjengilkan matanya ke arah aku. Aku menunduk.

“Lang, pergi bawa adik-adik makan kat warung sana tu. Diorang ni lapar. Nah duit..” suruh Along sambil menghulurkan duit sebanyak RM20. Aku akur lalu mendukung Husna dan mengajak mereka pergi ke warung depan bengkel abang Talha.

“Kak Lang! Sedaplah nasi goreng ayam ni. Nyum nyum.” Aku hanya tersenyum kecil. Hanisa aku lihat tidak habis-habis bermain dengan telefon bimbitnya.

“Nisa.. kau asyik main phone tu kenapa? Kau ada boyfriend eh?” teka aku. Hanisa terkejut lantas menyimpan telefon bimbitnya.

“Ma-mana ada Kak Lang. Pandai-pandai je. Kawanlah tanya pasal kerja sekolah.” Aku mencebik. Ingat aku percaya. 24 jam menghadap telefon. Mentang-mentang Along yang belikan telefon bimbit tu sebab dia dah kempunan sangat. Telefon bimbit jenama Samsung J5 lagi. Mahal! Telefon bimbitku yang ayah bagi semasa aku berusia 14 tahun masih elok sampai sekarang. Orang panggil telefon ti-tot-ti-tot. Murah je janji dapat call dengan mesej.

“Kau jangan sampai aku rampas phone kau tu. Kau tu tahun ni nak PT3, jangan main-main.” Hanisa diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience