BAB 4

Romance Completed 2389

Hari ini aku dan Along cuti bekerja. Along membawa kami ke mini pasaraya untuk membeli sedikit barang dapur. Bukan main gembira lagi Husna dan Idris apabila diajak pergi ke pasaraya. Semestinya mereka nak beli barang yang mereka naklah tu. Selalu macam tu. Along selalu ikutkan sahaja kehendak mereka.

“Along, Husna nak ni.” Husna mengambil satu set anak patung barbie yang berharga RM59.90. Along sedikit terkejut. Kemudian Idris pula bawa sekotak kereta lumba yang berharga RM47.80.

“Husna, Idris mahallah sayang. Kita mana ada cukup duit.” Tegur aku. Mereka terus membuat muka cemberut. Kali ini Along bersetuju dengan aku. Bajet kami hanya RM100 untuk membeli barang keperluan di rumah. Untuk mereka juga, selalu nak makan sedap-sedap.

“Alah! Husna nak juga.” Degil Husna. Aku mengambil permainan mereka dan aku letak semula di tempat asalnya. Mereka menangis serentak. Along mula simpati dengan mereka. Beberapa kali Along memujuk supaya mereka memilih makanan yang mereka mahu.

“Husna, Idris.. kalau macam ni lah perangai kamu berdua pergi ke pasaraya. Lepas ni Kak Lang tak nak bawa korang dah. Duduk rumah belajar. Biar Along dengan Kak Lang je yang pergi beli. Kamu berdua tahukan yang kita bukan orang senang.” Aku mula bertegas dengan mereka apabila mereka melawan Along yang sedang memujuk mereka.

“Kak Lang jahat...” tangis Husna. Aku hanya mendiamkan diri. Along mengusap bahuku lembut. Aku tahu dia menyuruh aku untuk memujuk mereka.

“Husna dengan Idris tak sayang Along, tak sayang Kak Lang ya?” tanya aku kepada mereka. Mereka masih lagi menangis tersedu-sedan.

“Sa-sayang...” jawab mereka serak. Aku memeluk mereka berdua.

“Kalau sayang, kenapa Husna dengan Idris buat Along macam tu tadi? Tak kasihan dekat Along ke yang penat memujuk korang suruh pilih makanan.” Pujuk aku. Mereka terus memandang Along dan meminta maaf. Aku mengucapkan syukur kerana berjaya melembutkan hati mereka.

Seusai membeli barang keperluan, kami terus pulang ke rumah. Hanisa masih lagi bermain dengan telefon bimbitnya. Peperiksaan PT3 lagi dua bulan sahaja. Entah belajar ke tidak, aku pun tak tahulah dengan Hanisa ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience