BAB 2

Romance Completed 2389

Pagi itu, aku bangun tepat jam 4 pagi. Aku menolong ibu menyediakan sarapan ringkas seperti biasa iaitu biskut dengan air teh panas. Along sudah pun bergerak ke tempat kerjanya. Aku akan menyusul kemudian setelah aku menghantar adik-adikku ke sekolah.

“Ibu! Husna tak nak makan ni. Bosan! Husna nak nasi lemak dengan telur mata...” rungut Husna, si adik bongsuku. Aku hanya memandang biasa ke arah Husna yang sedang berlutut di atas kerusi meja makan. Hanisa dan Idris hanya diam sahaja sambil makan makanan mereka. Ayah pula hanya mendiamkan diri.

“Sayang, ibu tak dapat duit lagi. Nanti ibu dah dapat ibu belikan, ya. Makanlah cepat nanti kamu lewat ke sekolah.” Husna memberontak. Dia masih lagi mahukan nasi lemak. Lama-kelamaan aku yang menegurnya.

“Husna Azzahra, bersyukur apa yang ada. Makan cepat. Nanti kamu lambat ke sekolah kena marah dengan cikgu, Kak Lang tak nak dengar Husna mengadu.” Husna mencebik. Perlahan-lahan dia meneguk air teh itu sambil mencecah biskut.

Setelah semuanya sudah siap bersarapan, aku menghantar adik-adikku ke sekolah. Aku ke sekolah Hanisa dahulu kemudian baru ke sekolah Idris dan Husna. Selesai menghantar mereka, aku pergi ke bengkel kawan Along itu.

“Assalamualaikum..” aku memberi salam kepada mereka. Serentak mereka menjawab. Along tersenyum memandang aku, aku membalas senyumannya. Aku menolong Along mengangkat beberapa barang untuk membaiki kereta pelanggan pertama kami untuk hari ini.

Selama 4 jam berturut-turut aku bekerja, aku diberi rehat selama 1 jam. Abang Talha iaitu pemilik bengkel ini dan merupakan sahabat Along memberi aku sebungkus nasi goreng dan air mineral.

“Susah-susah je abang Talha belikan semua ni.” kata aku merendah diri.

“Alah, setakat nasi goreng je. Apa susahnya. Lagipun Humaira kan dah banyak tolong abang majukan bengkel ni. Humaira memang seorang yang cerdik dan kreatif. Ramai tau pelanggan kita datang untuk bulan ni.” puji abang Talha. Aku tersenyum malu.

Sejam berlalu, aku menyambung semula pekerjaanku dengan menolong Along menukar tayar dan menservis kereta pelanggan kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience