BAB 6

Romance Completed 2389

Jenazah ibu dan ayah sudah selamat dikebumikan. Orang kampung mengucapkan takziah kepada kami. Angah sudah pulang semula selepas jenazah ibu dan ayah dimandikan.

Dia hanya bercuti selama tiga hari kemudian dia perlu balik semula ke Kuala Lumpur. Husna dan Idris tak habis-habis meraung sehingga ke tanah perkuburan. Puas aku memujuk mereka.

Akhirnya, Husna tertidur beralaskan bahu aku manakala Idris tertidur di dalam dakapan Along. Mereka sudah kepenatan menangis.

“Kak lang.. mana ibu.. Husna nak ibu..” Selesai semua pengurusan jenazah ibu dan ayah, malam itu Husna meracau bertanyakan tentang ibu dan ayah. Aku beberapa kali memujuknya.

“Husna, ibu dengan ayah sekarang tunggu kita dekat Syurga. Kalau Husna nak jumpa ibu dengan ayah, Husna kena jadi anak yang solehah. Boleh tak?” kata Along lembut. Husna berlari ke arah Along lalu memeluknya.
“Husna janji.. Husna nak jumpa ibu dengan ayah.” Janji Husna.

“Idris pun sama Along..” sekali lagi kami berpelukkan bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience