BAB 11

Romance Completed 2389

Sebulan selepas kematian adikku Muhammad Idris, hidup kami tetap kami uruskan seperti biasa.

Aku sekarang membuka sebuah perniagaan bersama Along dan Hanisa. Suami Hanisa, sudah berhenti kerja atas ajakan Along yang mengajaknya bekerja bersama-sama meluaskan perniagaan.

Kini kami bertiga sahaja adik-beradik. Abang ngah dan Husna kami tidak tahu khabar berita mereka.

PON PON PON

Ada sebuah kereta BMW berhenti dihadapan kafe kami. Aku dari jauh sudah tahu siapa yang datang tetapi hatiku tawar jadi aku mengambil keputusan untuk duduk dan melayan Raiz. Along sahaja yang beria pergi ke arah kereta tersebut bersama Hanisa dan suaminya.

“Alang! Husna dengan Angah dah balik!” jerit Hanisa. Namun aku memekakkan telingaku. Along aku lihat dia hanya tersenyum melihat aku. Dia tahu yang aku masih merajuk hati. Along berjalan ke arahku lalu berbisik.

“Alang juga selalu berdoa supaya kita adik-beradik bersatu semulakan? Terimalah kedatangan mereka. Husna dia dah insaf, Lang. Husna dia buta. Dia tak nampak apa-apa selepas kemalangan jalan raya dengan Angah.

Angah pula lumpuh kaki. Kesianlah pada mereka.” pujuk Along. Sememangnya Along adalah abang yang THE BEST yang pandai memujuk hatiku yang sedang lara.

“Siapa yang hantar mereka kesini?” tanya aku pada Along.

“Kawan Along, Abang Talha. Ingat lagi tak? Kan abang Talha ada buka perniagaan dia dekat KL.” aku mengangguk faham. Aku mengikuti jejak langkah Along pergi ke arah Husna dan Angah.

“Kak Lang…” meraba-raba tangan Husna mencari aku.

Aku memegang tangannya lembut. Husna, adik aku yang aku paling sayang kemana sahaja aku pergi mesti aku bawa dan aku gendong dia.

Aku manjakan dia. Adakah salah aku juga kerana terlalu manjakan dia? Aku rindu sangat pada Husna. Lagi sekali air mataku mengalir.

“Husna tinggalkan Kak Lang. Sampai hati. Tergamak buat Kak Lang macam ni. Sekarang dah susah baru nak cari Kak Lang lah?” marah aku. Husna tersedu-sedan.

“Maafkan Husna, kak. Ibu dengan ayah mesti tak maafkan Husna dengan Angah.” meraung Husna.

“Husna tak baik cakap macamtu. Bersyukurlah Husna sempat kembali ke pangkal jalan.” tegur Along. Aku menyokongnya.

Kami adik-beradik berkumpul bersama-sama dan menikmati hidangan yang disediakan oleh aku dan Hanisa.

Seramai manapun adik-beradik kita, ingatlah air yang dicincang takkan putus, sejahat mana sekalipun adik-beradik kita, mereka tetap darah daging kita. Ingatlah. Jangan hina mereka ketika mereka jahil. Sama-samalah kita bantu sesama adik-beradik.
Sayangilah adik-beradik kita sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience