BAB 8

Romance Completed 2389

Petang itu, Husna pergi ke Kota Raya Kuala Lumpur bersama rakan-rakannya. Husna dibuang sekolah akibat sering memonteng sekolah. Sia-sia sahaja pengorbanan, dia tak pernah hargai begitu juga dengan jasa Along yang banyak berkorban untuk adik-adiknya.

Tak pernah dia mengecewakan kami tetapi entah mengapa angah dan adik menjadi sebegitu. Sedangkan dahulunya arwah ibu dan ayah sangat menyayangi mereka dan tidak pernah mengabaikan mereka. Aku mahu lihat sejauh mana kebahagiaan mereka kecapi.

“Lang, sabarlah. Along sedih tengok kita adik-beradik macam ni.” Along menangis teresak-esak.

“Adakah salah Along?” aku menggelengkan kepalaku.

“Bukan salah Along. Mereka nak rasa kebebasan kat luar. Dah penat hidup susah dengan kita sedangkan mereka lahir dari keluarga yang susah dan mereka tak pernah ingat dengan pengorbanan arwah ibu dan ayah bersusah payah membesarkan kita.” Aku hanya termenung. Aku mengambil Umar yang berada di dalam gendongan Hanisa.

Ya. Hanisa juga aku gagal menjaganya. Selepas habis peperiksaan SPM, dia juga kuat bersosial dengan teman lelakinya dari sejak zaman sekolah lagi. Akhir cerita, Hanisa kantoi dengan aku ketika dia mengadu yang badannya terlalu sakit dan lenguh sehinggakan aku membawanya ke hospital, doktor sudah mengesahkan dia hamil 2 bulan setengah.

Hanisa menyorokkan pekara ni daripada aku dan adik-beradik lain. Along punya marah ketika itu tetapi tidak lama. Along tidak pandai marah dengan adik-beradiknya lama-lama.

Namun yang bernasib baiknya, teman lelaki Hanisa mahu bertanggungjawab. Sehingga sekarang perkahwinan mereka masih kekal. Hanisa selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.7 kg yang bernama Muhammad Raiz Bin Muhammad Farith.

Muhammad Raiz sangat manja budaknya. Dia manja dengan aku kerana semasa Hanisa koma selama 2 minggu. Aku yang menjaganya. Hanisa koma sementara selama 2 minggu selepas melahirkannya akibat banyak pendarahan.

“Raiz, tak mandi?” Raiz juga seorang yang pemalu. Hanya dengan aku, Along serta ibu dan abahnya sahaja dia tidak malu.

“Nak mandi.” sekarang Raiz sudah berusia 4 tahun. Hanisa juga sedang hamil anak kedua mereka yang sudah berusia 4 bulan setengah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience