BAB 5

Romance Completed 2389

Sampai sahaja di rumah, aku terus menyusun barang keperluan tadi di dapur. Along membasuh kasutnya di halaman rumah manakala adik-adikku yang lain membuat kerja rumah mereka.

Tiba-tiba aku terdengar Along sedang bercakap dengan pemanggil di telefonnya. Riak muka Along berubah kemudian matanya beralih ke arah aku. Dia mendekati aku sambil memeluk bahuku.

“Lang... kita kena kuat Lang.” Air mata jernih Along mengalir ke pipinya deras. Jantungku berdegup kencang apabila Along berkata begitu. Apa yang telah terjadi?

“Kenapa Long? Kenapa Long cakap macam tu?” tanya aku sambil memegang bahu Along.

“Ibu.. ayah.. mereka kemalangan jalan raya bersama Puan Mardhiah. Ibu dengan ayah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala Puan Mardhiah dalam keadaan tenat.” Jantungku luruh. Lututku terasa longgar. Along memaut lenganku lalu didakapnya tubuhku erat. Terlalu erat. Aku membalas pelukkannya sambil menangis teresak-esak.

“Along, kita dah tak ada ibu dengan ayah, along....” rintih aku. Along mengusap belakangku lembut.

“Allah sedang menduga kita, Lang. Kita kena sabar...” Aku mengesat air mataku rakus apabila ternampak Hanisa, Idris dan Husna sedang berdiri di belakang Along. Mereka sudah pun mengalirkan air mata deras.

“Along, Kak Lang... ibu dengan ayah dah pergi.” Kata-kata Husna membuatkan tangisanku semakin kuat. Along mendukung Husna dan kami berpelukkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience