BAB 10

Romance Completed 2389

Apa yang diperkatakan oleh Along memang benar. 2 hari selepas itu, Idris meninggal dunia ketika tidur dan ketika itu juga aku sedang tidur duduk disebelahnya. Aku sempat menjaganya kali terakhir.

Hanisa menangis semahu-mahunya. Along tidak menangis, dia cuba menahan tangisannya. Aku menangis sebentar tidak begitu lama sebab aku masih ingat lagi pesanan Idris yang melarang aku menangis sekiranya dia pergi tinggalkan kami bertiga.

Semuanya berjalan dengan lancar, ketika pengebumian jenazah Idris, hujan turun tidak terlalu lebat. Kuburnya hanya bersebelahan dengan kubur arwah ayah dan ibu. Dik sayang, semoga kau bahagia ceria bersama ibu dan ayah. Jemput kakak ya dik.” air mataku tidak dapat ditahan lagi. Hatiku sungguh sayu.

Ya Allah, tempatkanlah adikku, Muhammad Idris ke SyurgaMu kerana arwah adikku adalah seorang hambaMu yang baik. Dia meninggal dunia pada usia 19 tahun.

Dia mengalami kemurungan selama 8 tahun berturut-turut. Dia hanya mendiamkan diri. Bercakap banyak apabila dengan aku sahaja. Macam-macam yang dia cerita padaku, apa yang aku tak pernah nampak, dia nampak.

Aku sayang kau dik. Along memeluk bahuku dan mengusap-usap lembut. Aku menarik lembut tangan Hanisa. Raiz tidak meragam. Dia hanya diam melihat apa yang berlaku disekitarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience