Bab 4

Drama Series 3097

Setahun berlalu...

Mulia memandang jarinya yang berinai merah. Mimpikah aku? Mulia menampar nampar pipinya. ' Mulia, ni realiti hidup kau. redakan semuanya. terima Akif. '

" Assalamualaikum," Pintu bilik Akif itu terkuak. Kelihatan Indah di muka pintu itu.

Mulia menarik nafas lega. Dia sangkakan Akif masuk ke bilik itu.

" waalaikumussalam, kakak.. masuk lah," pelawa Mulia sambil berdiri.

" I'm happy for you, adik. are you happy?" Indah memeluk bahu adiknya.

"Tak tahu, kak. perasaan Mulia sekarang bercampur baur. Gembira, sedih, takut.. " Mulia menguis nguis jarinya.

" Alah, biasalah tu dik.. Insyaallah, akak yakin. Akif mampu jaga adik kakak ni. Kalau dia buat Tak baik, don't worry dik. akak ada anytime adik perlukan kakak," Indah mengelus lembut pipi adiknya yang mulus itu.

"Takut tu, jangan sekarang. Malam nanti baru boleh takut," Indah berseloroh.

Tercengang Mulia mendengar usikan kakaknya. Cubitan manja dihadiahkan kepada Indah.

" Jahat tau dia ni.. " wajah mulia sudah masam mencuka.

Tergelak gelak Indah melihat wajah adiknya itu. Comel.

"Assalamualaikum,"

muncul pula Akif. Hairan dia melihat wajah isterinya itu.

lantas dikeluarkan keris yang terselit pada sampin nya itu.

" Hei, jebat... kau buat apa ha pada bini aku," dia mengacu keris kepada Indah. Gaya seperti hang tuah saja.

Indah spontan mengambil botol penyembur serangga Kemudian diacunya kepada Akif.

" Heii, lekiu.. kau buat apa ha di sini,"

pecah tawa mereka bertiga.

" apa bising bising ni?" Mak Senah menjengah ke bilik pengantin setelah mendengar suara riuh rendah dari situ.

ketiga tiga mereka menyeringai setelah melihat wajah Mak Senah yang berkerut itu.

"Indah, apalah kau buat di situ.. kacau daun pengantin baru.. Mari sini, nak," panggil Mak Senah.

" entah kau. Apa kau buat kat sini? Kacau je aku nak bermanja dengan bini aku," Akif mula jadi batu api.

Memang batu api sungguhlah. Indah mula panas hati mendengar kata kata akif. Dia berjalan keluar bersama Mak Senah . Sempat dia mengetuk belakang kepala Akif menggunakan botol penyembur serangga. Sempat dia mentertawakan Akif.

" aduh, sakitlah," Akif mengadu kesakitan.

Mulia yang melihat perbuatan kakaknya itu menepuk dahi. 'nasib kaulah, Akif. pandai pandai cari pasal dengan kakak aku siapa suruh?' getus hatinya.

" Mulia, tengok kakak kau ni," Akif memegang kepalanya sambil duduk di sebelah Mulia.

" Siapa suruh cari pasal?" Mulia buat tidak endah dengan rengekkan Akif. Hatinya sebenarnya berdebar ditinggal berdua dengan Akif. Apalah yang bakal terjadi nanti. Sungguh dia belum bersedia.

" Ouh... Cari pasal ya.. hehehe," Akif membuat muka gatalnya. dia mendekati Mulia. Lagaknya seperti mahu menerkam Mulia.

Mulia menahan badan Akif menggunakan kedua tangannya.

" Akif, kita dah bincang kan, pasal ni?" raut wajah Mulia kelihatan serius.

Akif ketawa besar melihat wajah Mulia yang serius. Nampak takut di situ.

" Okay.. Dah solat? " tanya Akif sambil meletakkan setanjaknya di atas meja solek.

" Belum lagi,"

" Ok, cepat siap. Kita jemaah ," arah Akif.

Mulia yang menurut arahan suaminya segera menanggalkan tudung.

Akif tergamam melihat kecantikan Mulia. Rambutnya lurus dan rapi. Kali terakhir dia melihat Mulia tidak bertudung sewaktu Mulia berusia 5 tahun. Sememangnya Mulia dan Indah dididik untuk bertudung sejak kecil lagi.

Akif tersedar dari lamunannya. Dia segera meraup wajahnya sambil beristighfar. "sabar Akif.. sabar.." kata akif seorang diri.

Dia segera menanggalkan busana pengantinya lalu masuk ke bilik air setelah melihat Mulia selesai berwuduk.

..........................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience