Bab 7

Drama Series 3097

Akif yang baru pulang dari tempat kerjanya menjengah ke dapur setelah mendengar bunyi kuali dan sudip.

" Assalamualaikum ," sapanya.

" waalaikumussalam.. dah balik?" Mulia teruja. Dia memusingkan badannya lalu menyalami tangan Akif.

Akif mengangguk. Penat barangkali.

Mulia segera mengambil segelas air untuk suaminya.

" Terima kasih," ucap Akif.

Mulia menarik tangan Akif ke ruang tamu.

" Kau duduk sini dulu. Rehat. Lepastu, pergi mandi. Nanti aku dah siap masak, aku panggil kau," kata Mulia . Dia berlalu pergi ke dapur untuk menyiapkan makan malam buat mereka.

" Okay," balas Akif pendek. Hatinya senang dengan perbuatan Mulia. Selalunya apabila dia pulang dari kerja, dia akan terus terlena. Dia hanya makan di luar saja sebelum ini. Paling rajin, seminggu 2 kali dapur rumahnya berasap.

Dia bingkas bangun untuk membersihkan diri. Dia sudah solat isyak di kilang tadi. Tidaklah dia bimbang untuk melelapkan mata.

Setelah Mulia siap menyediakan makan malam, mereka makan bersama.

" macam mana kelas tadi?" tanya Akif. mencari topik untuk dibualkan.

" Alhamdulillah, okay saja," jawab Mulia. Dia sambung menyuap nasi ke mulutnya . otaknya ligat berfikir bagaimana mahu memulakan rancangan isteri solehahnya.

" ermm.. Akif.. Nak tanya sikit boleh? " tanya mulia.

" Untuk kau, apa je tak boleh," Akif tersenyum melihat wajah Mulia.

" Boleh tak kita kenal kenal dengan lebih dekat? Maksudnya macam kau bagitahu aku apa yang kau suka, apa yang kau Tak suka.. "

Akif mengangkat kening. Pelik. Namun dia tidak mahu bertanya kenapa. Bimbang isterinya akan berkecil hati.

" Apa yang kau nak tahu?" tanya Akif meraikan isterinya.

" Bila kau marah, kau nak respon yang macam mana dari aku?" tanya mulia.

" ermm.. Aku nak kau peluk aku. Tenangkan aku. Tapi bukan membebel. Kalau aku tengah marah, kau tarik aku untuk duduk. kau bagi aku minum air. pun dah okay," ujar Akif.

" ouh.. faham... ok next, kalau kau cerita sesuatu masalah pada aku, kau nak aku dengar sahaja atau bagi pendapat?"

" Dengar dulu. Bila satu masa lain, aku dah sejuk, baru kau bagi pendapat ," jawabnya lagi.

"Kalau kau tengah serabut, kau nak aku buat apa?"

" Jangan ganggu aku. Kalau kau nampak aku dah okay, baru tegur,"

Akif dan Indah yang sudah selesai makan, mereka mengemas meja makan bersama.

" Ok, Kita sambung kat depan nanti," kata mulia.

Akif mengangguk sambil mengenyitkan matanya. Sebenarnya dia terpukau melihat Mulia saat itu. Mulia mengenakan skirt labuh bersama t-shirt lengan panjang. t-shirtnya mempunyai bukaan dada yang luas. Cuma, tidak sehingga menampakkan mahkota wanita Mulia. Dia selesa melihat Mulia berpakaian begitu. Tidak terlalu seksi. Tidak terlalu menutup.

Akif membasuh pinggan di sink. Dia berasa tidak selesa apabila Indah memerhatinya di sebelah.

" Why?"

" Baru perasan kau kacak," ucap Mulia.

" heh," Akif tersenyum sinis lalu membetulkan rambutnya.

Mulia mencubit lengan Akif. menjengkelkan sungguh.

" Jom ke depan?" Ajak Mulia setelah Akif selesai membasuh pinggan.

"Boleh aku pegang pinggang kau?" tanya Akif. Dia selalu melihat ibu bapanya sweet begitu. Baginya, itu rahsia rumah tangga ibu bapanya bahagia hingga kini.

Mulia mengangguk. Dia menggigit bibirnya. Segan pula mendengar permintaan Akif .

Akif merangkul pinggang Mulia sambil berjalan ke depan.

" sekejap. Nak ambil tudung," Mulia mencapai tudung yang disangkut di belakang pintu bilik mereka.

" Ok jom" dia menarik tangan Akif ke berandar rumah mereka. Kelihatan flat itu sudah sepi. Siangnya selalu riuh rendah dengan suara kanak kanak. sudah tidur barangkali.

" ermm, apa kata kau pula bagitahu aku apa yang kau tanya aku tadi?" cadang Akif.

" ouh, boleh. kalau aku marah, aku suka kalau orang biar aku sejuk dulu. kalau aku cerita something pada kau, kau boleh je direct bagi pendapat. Cuma perlu dengan caranya la. kalau aku serabut pula, sama macam yang kau nak. jangan ganggu aku. Tambahan, jangan provok aku," terang Mulia.

Akif mengangguk faham. Dia tidak berapa tahu tentang Mulia kerana Mulia tidak begitu rapat denganya seperti Indah. Mungkin jarak usia yang agak jauh. Kini Akif sudah 26 tahun. Manakala Mulia 19 tahun.

" Kau suka aku pakai baju macam mana dalam rumah?" tanya mulia.

" Macam ni. Tapi tak payahlah pakai tudung,"

"Ouh.. okay," senang hati Mulia mendengar itu. Bimbang saja Akif menjawab mahu dia memakai baju tak cukup Kain di rumah.

"Kau target nak ada berapa orang anak ?" tanya mulia lagi. soalan menempah maut ni.

Akif mengangkat kening. Lain macam sungguh Mulia hari ini.

" Pelik. Ada apa apa ke ni? " tanya Akif.

" Jawab sajalah," Mulia membesarkan matanya.

" Seramai yang mungkin," jawab Akif dengan muka tiada perasaan.

gulp. Mulia menelan air liur.

" Kau nak ada anak umur berapa? " Jujur. ini soalan berani mati. Lantaklah. andai ini usahanya untuk memperoleh ladang pahala dari suaminya.

" secepatnya," pendek akif menjawab. keningnya masih Tak diturunkan.

" Kau kenapa sebenarnya ni? " tanya Akif.

" Jap," Mulia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu di buka youtube ceramah yang dilihatnya semalam.

Akif mendengar dengan teliti ceramah tersebut. 'ouh, jadi inilah yang buat dia berubah,' getus hati Akif.

" aku nak jadi isteri yang sebenar benar isteri. Aku kalau nak buat sesuatu, aku mesti akan buat sungguh sungguh.Tapi, untuk perintah Allah ni? hm.. aku buat main main," Mulia menundukkan kepalanya. sedih dengan tindakannya yang meletakkan pelbagai syarat sebelum mereka berkahwin.

Akif mengangkat wajah Mulia. "Rilek lah. Bukan aku tak reda," pujuk Akif. Dipeluknya Mulia dalam dakapannya.

" Mulut reda. Kat sini?" Mulia meletakkan telapak tangannya di dada Akif.

" reda juga," jawab Akif. Tidak sekali pun dia mengambil hati dengan isterinya.

" Jom masuk," ajak Mulia.

Akif menuruti isterinya. Dia mengunci pintu lalu merebahkan punggung di sofa.

" Bukan sini. Dalam," tangan kanan Mulia menarik tangan Akif. manakala tangan kirinya menunjukkan ke arah bilik mereka.

" Awal lagi kot," kata akif. Dia masih duduk di sofa tersebut.baru saja mahu menonton perlawanan bola sepak di televisyen.

Mulia merapati suaminya. Dia duduk di atas pangkuan Akif. tangannya dipautkan pada leher akif.

" Seramai yang mungkin. Secepatnya," Bibirnya mengulang jawapan Akif .

Jantung Akif berdegup kencang melihat aksi Mulia. Seperti dia pernah dengar saja kata kata yang diucapkan Mulia.

'nak berapa orang anak? nak ada anak umur berapa?' getus Akif. Allah! Biar betullah si Mulia ni!

"Kau dah ready ke?" tanya Akif. Berkerut wajahnya. risau melihat isterinya berubah drastik sebegini. Tak pernah dia melihat Mulia seperti itu.

"Dah aku yang ajak. Takkan la belum," jawab Mulia.

" sure?" sekali lagi Akif bertanya inginkan kepastian.

Mulia mengangguk. Senyuman manis terukir di wajahnya.

" okay , aku tak paksa," laju saja Akif mencempung tubuh Mulia masuk ke bilik.

“Dengan nama Allah, ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Kau kurniakan kepada kami.” doa Akif setelah meletakkan isterinya di pembaringan.

Maka, mereka hanyut dibuai asmara malam itu.

.....................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience