Bab 5

Drama Series 3097

Indah membersihkan bekas bekas tanah pada batu nisan di kubur ibunya.

" Mak.. Mulia dah kahwin. Mulia kahwin dengan lelaki pilihan Mak. Mak pernah cakap nak jadikan Akif menantu Mak. Allah kabulkan permintaan mak," ucap Indah lembut.

"Indah yakin Akif akan jaga anak mak tu dengan baik. Lepasni Indah dah sorang sorang pula Mak. single forever," Indah tergelak perlahan mengenangkan dirinya yang akan sendirian selepas ini.

"Kau bukan tak biasa tinggal sorang," kata seseorang dari belakang.

Akif. Haih.. mamat ni memang ada kat mana mana je kan?

" Kau takkan sorang sorang lah. Aku takkan nak pisahkan kau dengan Mulia. Kitorang akan balik rumah kau setiap minggu. Rumah kau dengan rumah aku bukan jauh pun. Acah alone je kau ni," kata akif. Dia membantu Indah mencabut rumput di keliling kubur hajah Hasnah. Tak sangka dia sudah menjadi menantu wanita itu.

" Mana Mulia? " tanya Indah. diperhatikannya sekeliling, tiada langsung kelibat adiknya itu.

" Ada Kat rumah. Tolong Mak masak,"

" Jom balik," Ajak Indah.

" Kau baliklah dulu. aku nak duduk sini sekejap,"

" Nak buat drama air mata la tu," ejek Indah.

" Kau diamlah, kakak ipar," Akif menjeling Indah. Dia ni ada yang kena dengan aku kang.

Indah berlalu pergi meninggalkan Akif di kubur ibunya.

" Mak, Akif datang. Harini Akif datang sebagai menantu mak. Mak, Akif tak pasti sama ada Akif mampu atau tidak jaga Mulia dan Indah. Tapi, Akif cuba, Mak. Akif cuba buka hati untuk Mulia. Akif ikut kata mak," jatuh air mata jantan Akif. Hjh Hasnah saja yang memahami hati dan perasaannya dan tahu segala rahsia hatinya.

Sebenarnya hati Akif terpaut pada Indah. Namun, dia harus menerima hakikat bahawa Indah adik susuan yang tak mungkin dikahwininya. Dia meluahkannya kepada Hjh Hasnah. perbualan dengan Hjh Hasnah masih segar di ingatannya .

" Akif, mak faham perasaan Akif. Tapi, Akif kena terima hakikat, nak. Indah tu adik Akif. Mak okay je kalau Akif nak kahwin dengan anak mak. cuma, bukan dengan Indah ya, nak. Mulia mungkin boleh. Mak yakin, Akif tahu hukumnya," Hjh Hasnah mengusap belakang badan Akif.

Akif mengangguk perlahan.

" Mak ada satu permintaan pada Akif. Akif sudi Tak untuk tunaikan? "

" inshallah, mak,"

" Jaga anak anak mak bila mak dah tak ada nanti. boleh?" tanya hjh hasnah.

Akif mengangguk lemah. " Insyallah.. Akif akan jaga diorang. diorang semua Akif anggap macam adik Akif sendiri,"

.............................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience