bab 10

Drama Series 3097

Akif menanggalkan kasut dari kakinya dengan kasar lalu masuk ke dalam rumah dengan wajah sebal. Hatinya panas mengenangkan kejadian di kilang tadi.

Mulia yang baru keluar dari bilik hairan melihat Akif yang kelihatan runsing. Dia segera ke dapur untuk mendapatkan air buat suaminya.

" Minum dulu, Akif." Mulia menyua segelas air kepada Akif.

Akif menyambut air tersebut lalu diminumnya. Lega sedikit.

" Ada apa apa berlaku ke?" tanya mulia.

" Not now, Mulia. Aku mandi dulu," Akif bingkas bangun lalu menuju ke bilik mereka. Tinggallah Mulia terpinga pinga di ruang tamu rumah mereka itu.

Akif sambung termenung di dalam bilik air. Runsing kepalanya memikirkan sekiranya dia dibuang kerja. Bagaimana dia mahu menampung kos pembelajaran Mulia. Ini semua angkara Faizul. Hatinya memberontak. Dia dituduh mencuri wang di pejabat. lebih malang lagi apabila wang tersebut berada di dalam begnya di locker nya.

Dia tahu betapa sukarnya untuk mencari kerja lain pada waktu ini. Posisi kerjanya yang agak baik, gaji yang baik. sukar untuk mendapatkan pekerjaan seperti itu. 3 tahun dia bekerja keras di kilang itu. Setelah dinaikkan pangkat, ini pula terjadi. disaat dia mempunyai banyak tanggungan, ini pula terjadi. 'Allah, kurniakanlah aku pertolongan mu ya Allah..' rayu Akif dalam hati.

Mulia hairan. Besar betul masalah yang dialami suaminya it sehingga hampir 1 jam Akif tidak keluar dari bilik mandi.

Lega hatinya melihat Akif muncul di muka pintu bilik mandi. Segera dia memberikan baju tidur untuk dipakai suaminya.

"Abang, Mulia dah masak tadi. Mulia panaskan semula. Nanti kita makan sama tau," Lembut saja suara Mulia. Tak janggal dia menyebut gelaran baru buat Akif. Mulia segera keluar dari bilik menuju ke dapur.

Akif yang sedang menyarung baju ke badannya terhenti. Tersengih dia melihat Mulia begitu. Berbunga pula hatinya.

'Ceramah apa lagi lah yang budak ni dengar,' getus hati Akif.

...................................

" Mulia ". Sapa Akif dari belakang.

" ya , abang. " Mulia menyambut dengan senyuman yang manis. Tangannya laju saja mengemas meja makan.

" Abang minta maaf pasal tadi. Abang serabut sikit." ujar Akif.

" Tak apa, abang. Mulia faham. sekarang abang ada nak cerita pada Mulia apa apa?" Mulia menghentikan pergerakannya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada Akif.

" Mulia habiskan dulu apa yang patut. Sebelum tidur nanti abang cerita, okay?"

Mulia mengangguk lalu menyambung kerjanya.

Akif juga membantu Mulia membasuh pinggan.

seusai mengemas dapur, mereka masuk ke bilik.

" Ada sesuatu yang tak elok jadi kat tempat kerja tadi. Abang dituduh mencuri duit di pejabat pengurus. Sumpah abang tak buat. Lagi teruk, bila duit tu ada dalam locker abang. Benda tu yang buat abang lagi nampak salah. Bos bagi abang kata dua. nak ganti atau nak selesai kat balai. Dan yang paling pasti adalah abang akan dibuang kerja. abang pun pilih untuk ganti walaupun bukan abang yang curi. kalau pergi balai, abang takut Mak risau. Mulia sorang sorang nanti.. abang minta maaf tau mulia. abang minta maaf sangat sangat. Abang akan cari kerja juga," kata Akif. Dia menggenggan erat tangan Mulia.

" Abang, takpa... Mulia okay. Mulia akan sentiasa ada dengan abang. Abang jangan takut. Di dunia memang boleh tipu. Kat akhirat nanti, siaplah diorang. Mulia tahu abang tak buat. Semua ni bukan salah abang pun. Abang doa ok? "

Mulia menarik Akif ke dalam dakapannya. Akif menangis di bahunya. Tak berapa lama, Akif diam. Tertidur. Keletihan agaknya.

" Abang, bangun bang.. tidur betul betul ya. " Mulia menggerakkan Akif. Dia tak larat untuk mengangkaf Akif.

terpisat pisat Akif bangun. Dia berbaring di atas katil dan terus terlena. Mulia mengusap umbun umbun Akif.

" Kesian abang. Moga Allah murahkan rezeki abang sentiasa. insyaallah, minggu depan, mesti abang dapat kerja. " kata Mulia positif.

saya baru belajar! hehe maaf juga lewat post new chapter.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience