Bab 6

Drama Series 3097

Akif menghampiri Mulia yang berada di birai katil. Dia meletakkan dagu di atas bahu mulia.

Mulia mengusap lembut kepala suaminya.

" Kau kenapa ni? " tanya Mulia. Akif sememangnya perahsia tegar. Namun, dia tidak dapat menyembunyikannya kerana raut wajahnya yang sangat berkait rapat dengan emosinya.

Dia seorang yang sangat telus.

" Nothing. Nak baring atas peha boleh?" manja saja bunyinya.

Mulia mengangkat kening. " aku dah bagi bahu, nak peha pula," Mulia duduk bersimpuh di atas katil sebelum menepuk pehanya memberi isyarat agar Akif meletakkan kepalanya di situ.

" Kau taknak guna panggilan yang manja manja sikit ke?" tanya Akif.

" Aku selesa macam ni. tapi aku rasa, takkan selamanya kita macam ni. Kita follow the flow k? aku nak mulut aku sendiri ringan nak bagi gelaran manja untuk kau," Mulia mencuit hidung Akif.

Akif mengangguk. " Nyanyilah apa apa lagu," arah Akif.

" Taknak. Dah ngantuklah , akif..." Mulia membuka ikatan pada rambutnya.

Akif terbuai dengan bau harum rambut Mulia.

" Dah, jom tidur betul betul," Mulia mengangkat kepala Akif dari pehanya. Dia menepuk nepuk bantal untuk Akif tidur.

mereka tidur berhadapan. Akif terlebih dahulu memejamkan matanya.

Mulia hairan. Perkara apa yang difikirkan Akif saat ini.

" Akif..." Mulia menyeru.

" hmm"

" sorry," ucap Mulia.

Akif mencelikkan matanya. "kenapa?" .

"aku tak ready lagi untuk itu,"

Akif kurang jelas . " itu?"

"untuk kau sentuh aku, " jelas Mulia .

"oh, takpa je. Jangan risau," dia mengusap kepala mulai sebelum dia kembali melelapkan matanya.

Bukan itu matlamat utamanya berkahwin dengan Mulia. Dia mahu Mulia berasa selesa denganya. Tak dinafikan keinginan nafsunya. Namun, matlamatnya menjadi keutamaannya.

..............................

Mulia bermain pen di tangannya. Otaknya ligat memikirkan dirinya yang kini sudah bergelar isteri.

'Apa yang aku patut lakukan? Aku segan nak lebih lebih.'
Ceramah yang didengarnya semalam membuatkan dia tersentak. Dia harus melayani Akif dan mengambil tahu apa yang disukainya dan apa yang tak disukainya. Dia tidak boleh sewenang wenangnya menolak permintaan Akif selagi perkara itu tidak melanggar syarak.

pen ditangan diletakkan di dagu. "ermm.. apa nak buat ni? " Mulia merasakan otaknya lembab sungguh dalam hal ini.
'ala, letihlah macam ni,' getusnya. Dia segera membuka instagram di telefonnya. Matanya bersinar sinar apabila melihat posting seorang influencer ini.

"Tak semua lelaki suka isteri berbaju seksi sentiasa di hadapannya. Cuba tanya pendapat suami tu. Dia suka kita pakai apa di rumah? ada suami suka tengok isteri pakai baju kelawar, berkain batik. ada juga yang suka isteri memakai baju tidur nipis dan menjolok mata. Nak pikat hati suami kena tanyalah. Tak semestinya suami orang tu suka dia pakai macam tu, suami kita pun akan suka benda yang sama. " baca Mulia.

" ouh, la.. senang je," kata Mulia seorang diri. Dibukanya akaun influencer tersebut. 'Ouh, jual pakaian tidur rupanya,' getusnya.

Mulia segera mengemas bukunya di atas meja dan berlalu keluar dari perpustakaan universitinya. Dia tersenyum keseorangan. ' isteri solehah to be!' jerit hatinya.

..............................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience