bab 11

Drama Series 3097

Mulia merenung paparan pada skrin telefon bimbitnya.

'PERCUTIAN ALUMNI SMKBM KE PULAU LANGKAWI'

"200 ringgit seorang. siap penginapan , transport. Akif nak ke ikut? kalau 2 orang dah 400 ringgit. belum kira belanja lagi.. erm.. nak tanya ke tak ek?" Mulia masih berkira-kira.

tingg!

mesej masuk.

' Mulia, jomlah join... ni lah masanya kita nak keluar sama sama.. nak travel bagai.. ' Mulia membaca mesej daripada Zakiah.

' Iya, wey.. aku nak pergi. Tapi kena tanya laki aku dulu. Kalau aku bawa dia sekali boleh ke? sebab aku tak yakin dia boleh lepaskan aku pergi macam tu je. ' jawab Mulia.

Mulia termenung. Dia tak bimbang soal memujuk Akif. tapi, dia bimbang soal kewangan. Buat masa sekarang ni Akif memang tengah 'sesak'. Dia baru saja dapat kerja baru di sebuah syarikat.

tingg! mesej masuk lagi.

'Booolleeeh sangat.. boleh lah kau berbulan madu sekali! aku tunggu kau letak nama kat list k?'

' Okay! Terima kasih! hehe' balas Mulia.

Terbit rasa serba salah di hati Mulia. 'Nanti mesti susahkan dia. Tapi, tak salah kalau aku cuba tanya.' getusnya.

Mulia masuk ke dalam bilik lalu menyapa Akif mesra.
"Abang nak air? " tanya Mulia sambil mengurut baju Akif yang sedang menyiapkan kerjanya.

Akif tersenyum mesra. " Boleh juga. Abang nak kopi boleh?"

"serius? nanti tak boleh tidur macam mana? " tanya Mulia.

Akif berhenti menaip komputer ribanya lalu mengalihkan perhatiannya kepada Mulia.

" Mulia, awak nampak kan apa yang ada atas meja ni? abang kena siapkan malam ni juga. Esok bos abang nak periksa." katanya sambil menunjuk kearah meja belajar yang penuh dokumen penting. Air muka Akif yang berubah menjadi tegas membuatkan Mulia berasa takut.

" Okay. Mulia buat air sekejap." Mulia berlalu ke dapur.

'' Pergh, nasib baik aku tak cakap pasal percutian tu. Kalau tak habislah..'' monolognya seorang diri sambil membancuh kopi.

" Percutian apa?"

terkejut Mulia mendengar pertanyaan itu.

" erk,, Tak ada apa abang. " Mulia menjawab teragak agak.

Akif menghampiri Mulia lalu merangkul pinggangnya.
" Sorry, Mulia. Abang rasa serabut sikit tadi tengok kerja banyak. Sorry ya.. "

" Tak ada apa pun, abang. Mulia tak terasa pun. Cuma takut sikit je. Abang serius je. "

" Sorry.. ok now, tell me. Percutian apa? Bagitahu je abang.."

" Esoklah Mulia bagitahu. Sekarang Mulia nak abang siapkan dulu kerja abang. Mulia teman. Nanti, bila kerja abang siap, bos abang tak marah. Mood abang pun okay. Mulia pun gembira!" kata Mulia. Dia mencuit pipi suaminya. ' walau apa pun dia kata, aku takkan bagitahu malam ni. I know you my husband!' kata Mulia dalam hati.

"serius?" tanya Akif.

" Iya." kata Mulia lalu membawa cawan berisi kopi ke meja belajarnya.

Malam itu, Mulia menemani Akif sehingga semua kerjanya selesai. Wajahnya kelihatan tenang. Namun otaknya serabut memikirkan ayat yang sesuai untuk memberitahu Akif tentang percutian itu.

...............................

"Assalamualaikum, Mulia. apa khabar?" kedengaran suara ceria Mak Senah di hujung talian.

" waalaikumussalam, Mak.. alhamdulillah kami sihat saja... Mak dengan ayah macam mana? sihat?" tanya Mulia mesra.

" Alhamdulillah.. sihat.. cuma kadang kadang tu biasalah orang tua.. sakit sakit kaki, pinggang.. Ni, kamu bila nak balik sini? Dah lama tak balik sejak majlis dulu tu.."

" Itulah, Mak.. Abang Akif baru je mula kerja dia yang baru ni. Inshaallah hujung minggu ni kalau dia tak ada apa apa, Mulia ajak abang balik ya, Mak. Mak, doakan abang tau. Dia asyik sibuk je kebelakangan ni. Nampak banyak sangat kerja dia tu. Syarikat yang abang kerja ni pun baru buka, Mak. Tu yang mungkin banyak kerja," Jelas Mulia

" Tak apa, Mak faham.. Mak selalu doakan anak anak Mak. Cuma, Mak nak pesan. Jangan pernah tinggal solat. Kalau ada masa, berjemaahlah suami isteri. inshaallah berkat rumah tangga. Allah murahkan rezeki. "

"Inshaallah, Mak.. Mulia ingat pesan Mak.."

" Mulia, Mak nak tanya ni. Jangan terasa hati ya. "

" Mak nak tanya apa tu?" tanya Mulia ingin tahu.

" Kamu dah ada berisi ke?" tanya Mak Senah .

" berisi? maksudnya , Mak?" tanya Mulia. kebingungan . 'mak tanya aku dah gemuk ke macam mana ni?' getus hatinya

" haih kamu ni.. maksud Mak, kamu dah mengandung ke?"

" ouh.. la... belum lagi Mak.. Mak doakan la ya.. tengok keadaan sekarang ni, abang baru mula kerja, rasanya tak sesuai lagi kot Mak.. Nanti, dah lama sikit, abang dah stabil, inshaallah.. ada la rezeki tu.." kata Mulia.

" eh, apa pula... setiap anak tu, Allah dah janjikan rezeki. apa yang kamu nak takutkan.. mana tahu, lepas kamu ada anak, rezeki Akif naik pangkat, kamu dapat keputusan cemerlang.. rezeki tak disangka sangka "

" hehe.. Aamiin.. inshaallah Mak.. doakan kami ya,Mak.. "

"Okaylah, Mak nak pergi masak untuk berbuka ni. ayah puasa sunat.. nanti, senang senang, balik la ya.. kalau tak sempat, telefon lah Mak sekali sekala. "

" baik, inshaallah.. nanti kami balik kampung ya,,," jawab Mulia.

panggilan ditamatkan. Banyak perkara bermain di fikiran Mulia. ' solat jemaah.. balik kampung.. anak.. agaknya ni sebabnya tak? dah lama tak solat jemaah dengan abang. balik kampung jauh sekali. Mak Ayah mesti rindu, susah hati.. anak.. abang suruh ambil pil.. '

................................

saya baru belajar! hehe . maaf ya.. ada apa2 perlu improve, boleh comment hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience