bab2

Drama Series 3097

Usai majlis tahlil, Mulia dan Indah duduk termenung di atas tangga rumah mereka.

"Mulia, mula dari saat ini. Mulia nyawa kakak. Apa pun jadi, kakak ada dengan Mulia. Kita sama sama teruskan kehidupan ya, dik," kata Indah. Diusapnya umbun umbun adiknya itu .

"Mulia jaga kakak, kakak jaga Mulia," sahut Mulia.

berderai air mata dua beradik itu. Tanggungjawab besar bakal digalas oleh Indah. Dia harus memikirkan jalan untuk menampung kos pembelajaran adiknya di universiti nanti.

"Dah, jangan sedih." Indah mengusap air mata pada pipi gebu Mulia.

Dia bangun lalu menghulurkan tangannya kepada Mulia. "Jom masuk".

Malam itu mereka tidur di bilik ibu mereka. Rindu akan ibunya takkan pernah padam.

....................................................

Indah bangun awal pagi lalu dia membersihkan diri dan berwuduk. Indah berteleku di atas sejadah. Dia memohon ilham dari Allah dan diberikan kemudahan pada setiap ujian yang mendatang.

Kemudian, dia segera mencapai buku log nya. Dia mencurahkan segala idea yang berada di kepalanya. Perancangan yang dibuat semata mata untuk adiknya. Entah mengapa, idea yang dicurah umpama air yang mengalir. Allah bantu.

"Awal kakak bangun?" tanya Mulia dalam keadaan terpisat pisat bangun dari tidur.

"Saja je. Dah, bangunlah. Kita solat subuh jemaah. lepastu baca yasin dan waqiah." arah Indah.

Mulia menurut perintah kakaknya lalu segera mencapai tuala. Apabila Mulia turun ke dapur, langkahnya terhenti. Dipandangnya meja makan. Terlihat lihat bayang ibunya menyiapkan nasi lemak untuk dihantar ke kedai Pak Samad. Mulia menghela nafas panjang. Dia segera ke bilik mandi.

Usai solat subuh berjemaah, Indah meminta Mulia duduk berhadapan dengannya.

"kakak nak cakap sikit ni,"

Mulia mengecilkan matanya menduga bahawa ada sesuatu yang penting yang mahu disampaikan kepadanya.

"sila lah," balasnya.

" Kakak harap, adik dapat universiti dekat dengan tempat kerja akak. Akak nak kita duduk sekali. Akak ada Mulia sorang je sekarang ni," ucap Indah.

" Tentang kos belajar Mulia, jangan risau. Tugas Mulia, belajar sungguh - sungguh saja. Buat masa ni, akak minta Mulia sibukkan diri untuk study apa saja sebagai persediaan masuk universiti," sambungnya lagi.

Mulia mengangguk tanda faham akan kata kata kakaknya itu.

" Baik.. Tapi esok kakak dah balik KL kan? Mulia tinggal sorang?" tanya Mulia.

" Mulia ikut akak. Bahaya untuk Mulia tinggal sorang dalam rumah ni. Kakak tak nak ada apa apa terjadi pada Mulia. Bukan kakak nak mendoakan. Tapi, malang tak berbau..." Indah mengerutkan dahinya. Dia sangat berharap agar Mulia bersetuju untuk tinggal dengannya.

"ermm... Baik.. tapi, kakak kena janji. Kita balik sini sekerap yang mungkin. boleh? " jari kelingkingnya dikeluarkan meminta kakaknya berjanji.

Indah mengangguk lalu menyambut dengan jari kelingkingnya tanda berjanji.


.............................

"Hoi!!!" sergah seseorang dari belakang.

Terangkat badan Indah. Berang sungguh dia jika orang menyapanya sebegitu rupa. Tahu benar dia siapa yang tak pandai memberi salam itu.
Dia berpaling lalu memandang tajam ke arah lelaki yang menyapanya itu.

" Uish,, garangnya..."

Indah tidak menghiraukan kata kata akif, abang susuannya.

" Indah, kau kenapa, wey? dari kau balik haritu kau tak layan aku. kau jarang keluar rumah.. peliklah," kata Akif.

"nothing. aku masuk dulu," pamit Indah.

"eh,, tunggu dulu. Aku tak habis cakap lagi," halang Akif sambil menarik tangan Indah.

laju saja Indah menepis.

" Tak payah sentuhlah!" suara Indah tiba tiba meninggi.

" eh, kau pahal ? tiba tiba nak angin.. Bukan aku buat benda tak baik pada kau. Kalau risau orang kampung, semua orang tahulah kita adik beradik susuan," protes Akif.

Pantang betul dia jika tiada angin, tiada ribut, tiba tiba dia dimarahi.

Indah kembali duduk. Dia menghela nafas. Tahu benar dia perangai Akif. Kalau Akif sudah berangin, dia juga berangin, boleh bertumbuk mereka berdua di situ.

" 10 minit," ucap Indah.

" Tak ada maknanya. Kau stay sini sampai aku habis cakap," balas Akif tegas.

" Aku nak cakap benda lain. Tapi, kau pula buat perangai. meh sini aku tazkirah,"

" Aku tahu kau tak nak orang risau. Tapi kau lagi merisaukan dengan cara kau macam ni. Jadi, please lah.. kalau ada benda yang mengganggu perasaan kau, bagilah tahu aku. Kau sekarang ni ada aku , family aku dengan Mulia je. Aku tahu memang tak lah kau nak cerita pada Mulia masalah kau. Tapi, aku ada. Kau boleh cerita pada aku," tambah Akif.

"okay," balas Indah pendek.

" Perangai lama kau datang semula ni. Kau antilelaki lagi ke? Apa kes pula kali ni?" duga Akif.

"Bijak juga kau ni," kata Indah sinis.

" well, aku kenal kau dari kau baru lahir lagi. Kentut kau pun aku tahu bau dia, inikan pula masalah kau," Akif berseloroh. Dia senang dengan respon Indah.

" Eii.. Selekeh gila kau," Indah menepuk bahu Akif.

" Nantilah aku cerita. I'm not ready yet," kata Indah . Apa yang dialaminya amat sukar untuk diluahkan.

"Okay, takpa. aku faham. " Akif mengangguk.

" Tapii, aku ada sesuatu nak bagitahu kau.. hehe," Akif menolak badan Indah sambil duduk tersipu malu.

'Ya Allah, gediknyalah abang aku sorang ni' getus Indah.

"Aku.. aku... aku..,"

Indah mengangkat kening. " kau dah kenapa, der" pelik sungguh dia melihat tingkah laku Akif.

" Kalau aku bagitahu ni, kau jangan marah aku," kata akif.

" Iyeee.. aku sumpah kau jadi batu nanti,"

" Aku sukalah pada Mulia.Aku ada niat nak jadikan dia isteri aku," kata akif.

Terkejut Indah mendengar pengakuan Akif.

" Mak ai.. kau.. Mak aku baru je meninggal.. Kau dah nak ambil Mulia jadi bini," kata Indah. Dia tidak menyangka Akif menyimpan perasaan pada Mulia.

" Eh, Tak.. bukan.. ermm.. aku cuma bagitahu kau je. kot kot lah kau risaukan Mulia tu.. aku ada untuk jaga dia.. cuma, yela.. kau je adik susuan aku. Dia bukan.. Jadi, aku bolehlah kahwin dengan dia,"

" Nampak sangatlah kau ni mengambil kesempatan dalam kesempitan,"

Akif menggaru kepala mendengar kata-kata Indah.

"kau terima aku jadi adik ipar kau?" tanya Akif.

" heh.. Mana ada benda free," kata Indah sambil berlalu pergi meninggalkan Akif keseorangan.
.......................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience