Bab 1

Drama Series 3097

Hari ini hari yang mendebarkan bagi Mulia Assuri. Hari yang sangat ditunggu-tunggu. Keputusan SPM sudah pun keluar. Awal sungguh dia bangun untuk bermunajat meminta agar Allah melapangkan dadanya dan memberinya rasa reda terhadap keputusan yang bakal diambilnya hari ini.

'Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Kau berikanlah aku rasa reda terhadap segala keputusan yang bakal aku terima. Kau mudahkanlah urusanku, Yang Maha Pengasih' doanya seorang diri.

Setelah seusai solat subuh, dia segera pergi ke dapur membantu menyiapkan sarapan pagi. Mahu mengurangkan debar di dada barangkali.

"Awal pula kau ke dapur hari ni? " tanya Hjh Hasnah.

"Tak ada apa yang nak dibuat dalam bilik tu, mak" jawab Mulia.

"Kau tolong mak bungkus nasi lemak ni. Mak nak solat subuh sekejap. Kakak kau mana?"

"Ada dalam biliknya. Dia tengah baca Quran," jawab Mulia sambil tangannya laju membungkus nasi lemak. Sudah terbiasa dengan perkerjaan itu sejak kecil lagi.

Ibu Mulia, Hjh Hasnah bekerja sebagai tulang cuci di sekolah Mulia. Dia juga membuat nasi lemak untuk dihantar ke warung Pak Samad di hadapan sekolah Mulia. Itulah usahanya untuk membesarkan dua anak gadisnya sejak suaminya, Hj Hakim meninggal selepas mereka selesai mengerjakan ibadah Haji di Mekah.

Sambil membungkus nasi lemak, Mulia membaca surah taha. Dia menghafal Al Quran di rumah bersama kakaknya. Mereka disuruh oleh ibu bapa mereka sejak kecil lagi. Kini, dia tinggal 2 juzuk lagi yang berbaki . Kakaknya sudah lama menjadi hafizah. Dia juga telah berjaya mendapatkan sijil tahfiz malaysia. Dia sering dijemput untuk menyemak bacaan pelajar pelajar tahfiz di pusat tahfiz kerajaan juga swasta.

"Wah, rajin sungguh adik kakak ni..." puji Indah. Teruja dia melihat Mulia yang bangun awal pagi tadi. Jam 4.30 pagi dia sudah mendengar suara Mulia membaca Al Quran.

Mulia hanya menyengih. Nasi lemak yang telah dibungkus dimasukkan ke dalam bakul untuk dibawa ke kedai Pak Samad .

"Adik, mesti adik dapat banyak A harini. Kita kena datang awal supaya A adik tak disambar orang. Kalau tak, adik datang nanti A dah habis," Indah mengusik adiknya. Faham benar dia melihat perangai Mulia yang berbeza dua tiga hari ni. Nampak takut nak ambil keputusan SPM nya.

"Kakak! Janganlah takutkan adik," marah Mulia lalu memuncungkan mulutnya.

Terkekek-kekek Indah ketawa melihat adiknya.

"Sudahlah, adik nak bersiap. Kalau layan kakak, sampai esok pun tak habis,"

"Adik, jangan lupa pakai baju yang kakak sediakan," pesan Indah sebelum adiknya hilang dari pandangan mata.

Mulia dan Indah kelihatan ayu dan sopan dengan baju kurung bercorak bunga- bunga kecil. Indah kelihatan sangat ceria hari itu. Sudah banyak yang dirancangnya jika adiknya itu berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

"Mulia, kamu ambil keputusan ya harini?" tegur Pak Samad.

"Ya,Pak Samad " jawab Mulia sambil menguntumkan senyuman.

"Pak Samad doakan kau dapat keputusan yang cemerlang ya. Apa pun, syukur pada Allah nak..."

Mulia mengangguk faham mendengar nasihat dari Pak Samad. Amat berguna buat dirinya saat itu.

Dia melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah sambil mulutnya terkumat kamit membaca selawat. Tangannya digenggam erat kakaknya.

"Adik, reda ya. Andai cemerlang, moga rendah hati," ucap Indah.

"Terima kasih ,kakak"

Indah melepaskan adiknya ke dalam dewan bersama rakan rakannya. Indah pula menuju ke tempat menunggu bagi ahli keluarga pelajar. Dia tidak putus berdoa di dalam hati. Tapi, entah kenapa hatinya berasa tidak enak.

"Ya Allah , kau lindungilah mak dan adikku," doa Indah.

Gundah di hati hilang seketika apabila melihat adiknya dijemput ke atas pentas.

ya. Mulia Assuri berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM. Tepat sekali sangkaannya. Mulia mendapat 11A. Cukup membanggakan.

Turun sahaja dari pentas, Mulia terus memeluk kakaknya. Berderai air mata mereka. Ya, drama sungguh.

"Adik nak jumpa ibu, kakak. Jom kita balik," ajak Mulia.

"Adik, kenapa tak jumpa cikgu cikgu dulu?" tanya Indah.

"Adik nak ucap terima kasih pada mak dulu," jawab Mulia.

Indah akur dengan permintaan adiknya. Mereka segera pulang ke rumah.

Langkah Mulia terhenti apabila melihat kemalangan berhampiran pasar itu. Mereka terlihat sosok seorang wanita yang agak lanjut usia terbaring di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah. Pakaian wanita itu seakan akan pakaian pekerja di sekolah mereka.

"Kakak," sebut Mulia perlahan.

"Mulia," Indah menyahut.

Mereka meneruskan langkah. Semakin dekat dengan tempat itu, semakin laju degupan jantung mereka.

"Allahu rabbi!" jerit Indah.

Mulia dan Indah meluru ke arah wanita yang terbaring itu. Wanita itu ternyata ibu mereka.

"Mak! Bangun Mak... Tolong jangan tinggalkan Mulia, Mak.." Mulia menangis

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience