Bab 9

Drama Series 3097

Indah keluar dari kereta. Dia memandang ke tingkat 4 flat seri Indah sambil tersenyum. Rindu benar dengan adiknya itu.

Indah naik ke tingkat 4 dan mencari rumah adiknya. Letih juga dia menggunakan tangga. Tiada lif disediakan. Kagum dia melihat Mulia tidak pernah mengeluh sepanjang 1 tahun menjadi isteri Akif.

"Assalamualaikum," Indah mengetuk pintu rumah Mulia dan Akif.

" Waalaikumussalam," Akif membuka pintu. Terkejut dia melihat Indah datang ke rumah mereka. selama ini mereka saja ke rumah Indah.

" eh, jemput masuk. Asal kau tak bagitahu nak datang? kitorang tak siapkan apa apa pun," kata akif.

" Takpa.. aku saja nak terjah. Nak tengok kau layan adik aku macam mana," kata Indah bersahaja.

Mulia yang mendengar suara kakaknya segera keluar dari bilik.

"Kakak!" didakapnya Indah sekuat hati. Lama sungguh mereka tidak berjumpa. Indah mengikut bosnya ke kedah kerana ada urusan pembinaan resort di sana.

" Ish, tadi kata tengah makan dengan bos.. Tahu tahu je depan rumah," kata Mulia.

" Memanglah, akak baru balik dari makan dengan bos la ni," jawab indah. Dia sengaja tidak memberitahu adiknya. Kejutan katanya...

" Alang alang kau ada kat sini, jomlah kita keluar. Mulia pun dah lama tak jalan jalan. Best student katakan," ajak Akif. Kesian dia melihat Mulia yang asyik mengadap buku dan komputer sepanjang peperiksaannya. Hari ini baru dia melihat Mulia rilek.

" Kau ni, kan kakak baru balik.. Rehat dulu.. malam nantilah baru kita keluar. Kau tak kerja kan malam ni?"

"kau? awak panggil suami awak dengan panggilan tu?"

Mulia menyengih.

" Haah, Indah. Kau nasihat sikit Mulia ni," Akif mula menjadi batu api.

Mulia menepuk bahu Akif.

" Kau jangan tau.. " Mulia memberi amaran

Akif bergelak sakan. Dapat juga dia menyakat Mulia.

................................

"Any good news? " tanya Indah.

dahi Mulia berkerut.

"Maksudnya?" tanya mulia.

" kakak nak dapat anak buah ke?" tanya Indah. Slow betul adiknya ini.

" Belum lagi. Doakan Mulia tau,"

"insyaallah,, ada rezeki Mulia dan Akif nanti. sekarang ni fokus study dan bina kekuatan hubungan dulu," nasihat indah.

"Sembang apa tu?" tanya Akif yang baru saja keluar dari dapur.

"nothing," jawab Mulia. matanya diarahkan kembali kepada tv.

" okay, oleh kerana korang dua dah ada ni. akak nak bagi satu pengumuman,"

" pengumuman apa tu kakak ipar?" tanya Akif. Dia sengaja menekankan perkataan kakak ipar kepada Indah.

Mulia memandang Indah dengan wajah ingin tahu.

" I wanna get married," kata Indah gembira.

" serius? " wajah Akif berubah serius.

" Yes!" Indah tersenyum.

"Wah, kakak.. tahniah.. Tak bagitahu Mulia pun," ujar Mulia nada merajuk.

" akak nak pastikan benda dah confirm baru bagitahu," Indah menyengih..

" Mulia happy kalau kakak happy," ujar Mulia sambil memeluk Indah. Mungkin perasaan yang sama dirasai kakaknya sewaktu dia baru saja berkahwin dengan Akif.

"Terima kasih, dik" Indah memandang adiknya.

Akif masih terpinga pinga mendengar khabar itu.

" Akif?"

" Ya?" jawab Akif.

" Kau tak suka ke kalau aku kahwin?" tanya Indah apabila Akif tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Mestilah aku suka dan gembira. Akhirnya ada orang nak jaga kau," kata akif.

"Alhamdulillah," ucap Indah.

Mulia memandang Akif. seperti ada yang tidak kena pada Akif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience