Bab 2

Romance Series 21447

2

Edah tidak pernah merasa kasih sayang sejak kematian ibu kandungnya ketika dia berusia dua tahun lagi. Ayahnya, Dato’ Harun Junid walaupun seorang ahli perniagaan kaya tetapi dia tidak pernah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah yang baik. Kekayaannya itulah yang telah membuatkan dia alpa dengan anak kandungnya sendiri. Kekayaannya itu jugalah yang telah menjadikan dia tamak sehingga sanggup beristeri empat.

Selama bertahun-tahun, kasih sayang Edah tidak pernah diambil peduli oleh ayahnya. Jauh sekali jika hendak harapkan ibu tirinya. Malah dia dihantar pula ke Kajang, Selangor kepada makciknya, Jamilah yang telah bersuami dengan seorang lelaki Cina mualaf yang baru memeluk Islam untuk menjaga anaknya itu.

Akan tetapi, masalah lain pula timbul bila dia pula terpaksa menanggung beban suami makciknya kerana sudah berhenti kerja. Nasib baik waktu itu dia sudah bekerja secara sambilan di sebuah pasaraya setelah tamat SPM untuk menyara makcik dan pakciknya pula.

Namun, Edah masih tidak berkira tentang itu semua. Tetapi apa yang dia kesali ialah mereka sedikitpun tidak pernah menghargai apa yang dikorbankannya itu. Dia langsung tidak pernah kenal erti kasih sayang daripada orang-orang yang sepatutnya dia perolehi.

Setahun kemudian, Edah memutuskan untuk lari semula ke kampung semula setelah tidak tahan dengan layanan makciknya di sana. Tetapi perkara tetap juga tidak berubah. Sudah puas dia melarikan diri ke sana ke mari, namun kasih sayang yang diharapkannya tidak pernah ditemuinya. Dia terpaksa reda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience