Bab 1

Romance Series 21450

1

Sebuah teksi baru terhegeh-hegeh masuk ke perkarangan kampung Benut, Pontian. Dipandu pula oleh si tua berkedut seribu dengan berkopiah buruk. Siapa sangka usianya yang sudah menjangkau 50-an masih larat membawa teksi.

Seorang dengan wajah yang tenang menunduk ke bawah dan yang seorang lagi masam mencuka. Mencebik bibir lalu memandang ke tempat lain. Destinasi yang dituju hampir tiba. Melewati beberapa pokok-pokok getah, sesekali bergegar kecil bila rodanya melanggar batu-batu di atas jalan.

Sebaik Edah membayar tambang teksi dengan harga empat ringgit, dia telahpun menghambat laju. Akak tirinya, Niza lantas mendaki tangga ke atas. Sedikitpun dia tidak pernah hendak membantu Edah mengangkat barang-barang yang dibeli dari pasar tadi. Dibiarkan Edah keseorangan di situ.

Sungguhpun begitu Edah langsung tidak berani bersuara. Jika dilawan kelak, dia akan dimaki dan dipukul hebat oleh ibu tirinya, Puan Saadon. Riak wajah Niza seribu benci pada adik tirinya. Baginya, adik tirinya itu memang seharusnya layak dibenci. Bukan setakat dibenci tetapi juga dicaci. Edah memang sudah biasa diperlakukan sebegitu. Dia tidak pula termampu untuk melontar derhaka. Hidup hanya berteman air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience