Bab 8

Romance Series 21447

8

“Edah! Edah! Tolong jerangkan air!” jerit Puan Saadon dari biliknya. Suaranya sahaja boleh kedengaran berselang dua tiga rumah jirannya. Kuat dan lantang sekali.

“Edah! Edah! Kau dengar tak cakap aku?” pekiknya lagi. Namun dia berang kerana panggilannya langsung tidak bersahut.

Geram kerana panggilannya tidak berjawab, Puan Saadon lantas menuju ke bilik tidur Edah.

Edah…” Dia terkejut kerana Edah tidak ada di dalam biliknya.

‘Ke mana pula dia pergi,’ bisik hati Saadon. Kemudian dia pergi pula ke bilik Niza. Dilihatnya, dia masih tidur di atas katilnya.

“Hoi, Niza! Bangun! Kau ada nampak tak Edah?” punggung Niza dipukulnya sehingga Nizapun terjaga dari tidurnya.

“Nak apa ni mak?”

“Aku tanya kau. Kau nampak tak Edah? Dia tak ada kat bilik dia.”

“Manalah saya tahu mak. Saya tak jaga dia pun.”

“Ishh kau ni dah tengah hari buta pun masih nak tidur lagi. Bangun pergi jerang air,” perintahnya sambil mencubit-cubit peha Niza.

“Mak, sakitlah. Mak nak minum, mak masaklah sendiri air,” balasnya sambil menyelimuti dirinya semula dengan selimut.

“Eh, budak ni. Aku suruh kau jerang air, kau suruh aku pulak balik. Bangun budak tak guna. Kau malas jangan nak makan ya kalau aku masak karang?” marah Puan Saadon dengan bengis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience