Bab 4

Romance Series 21447

4

Malam sudah lama larut. Awan-awan kelam membelah bulan mengambang penuh. Sesekali suara burung hantu menjelma. Di dalam bilik, Edah menyapu luka lengannya dengan minyak gamat. Ibu tiri dan akak tirinya sudah lama dibuai lena. Ayahnya pula tidak kunjung pulang kerana bermalam dirumah isterinya yang kedua di Kluang.

“Apalah nasib aku ni. Ke mana lagi aku nak pergi lepas ni? Lebih baik seorang diri daripada hidup terus macam ni,” keluh Edah lalu berbaring di atas katilnya yang empuk.

Tiba-tiba dia bangkit semula. Lantas menuju ke bawah meja soleknya. Bila dijengah ke bawah, dia menarik satu sampul surat yang berisi wang simpanan yang pernah dikumpulnya dahulu sewaktu bekerja di Selangor. Riak wajahnya tampak gembira setelah mengira-ngira wang yang ada di dalamnya. Semua sekali berjumlah RM200. Dan jumlah itu sudah cukup untuk membuatkan dia lari ke Kuala Lumpur esok.

Kali ini dia tidak peduli lagi apa yang bakal ditempuhinya nanti. Yang penting dia sudah nekad dengan keputusannya itu.

Dengan membimbit beg pakaiannya, perlahan-lahan Edah membuka daun pintu, keluar dari rumah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience