Bab 3

Romance Series 21447

3

“Edah! Edah! Kenapa kau ni lembab sangat ha? Nak angkat barangpun tak larat ke?” jerkah Puan Saadon yang entah bilanya muncul diberanda pintu.

Garangnya seperti seekor singa yang mahu membaham mangsanya. Cuma tinggal lagi dia seorang manusia kerana masih tahu bagaimana hendak mencekak pinggangnya. Edah hanya diam tanpa sepatah katapun bila lalu dihadapannya; lewat dihujani kata-kata kesat. Tidak cukup dengan itu dicubit lengannya yang tidak berdosa itu.

“Kau ni memang lembab tau! Kau tahu tak aku nak masak untuk ayah kau yang pemalas tu. Dahlah bodoh. Sekolah tak tinggi. Nasib baik aku masih nak terima kau tau sewaktu kau cabut lari datang ke sini. Kalau tak, tak tahulah apa nasib kau nanti.”

“Aduh! Aduh! Ibu sakit! Sakit!” Edah mengaduh kesakitan bila Puan Saadon masih mencekup kemas cubitannya itu. Bila dilepaskannya, lantas Edah menggosok-gosok bahunya.

“Apa sakit? Sakit? Pergi bawa barang tu ke dapur. Lepas tu sebagai hukuman masak untuk aku dan ayah kau tu. Kau dengan ayah kau tu sama je. Nafsu tinggi sampai kahwin empat. Lepas tu tak tertanggung semuanya.”

Perlahan-lahan air mata Edah mengalir ke pipi serentak ke dapur meletak segala barang-barang pasar di atas meja. Niza yang ada disebelahnya hanya mentertawakannya. Baginya dia puas menyaksikan adiknya dihina sebegitu rupa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience