Bab 7

Romance Series 21447

7

Sesampai sahaja di pondok bas, sebuah bas pun sudah tiba di situ tanpa dia perlu menunggu lama. Sesudah membayar tambang bas, diapun masuk ke dalam. Mengambil duduk di sebelah makcik tua. Walaupun banyak tempat duduk sudah penuh, namun Edah bernasib baik kerana masih terdapat dua tiga tempat duduk yang kosong.

“Adik nak pergi mana?” tanya makcik tua di sebelahnya.

“Nak pergi KL,” jawab Edah pendek.

“Nak pergi KL buat apa?” tanya makcik itu memanjangkan perbualan.

“Nak cari kerja kat KL. Kata orang kerja kat sana lumayan,” jawab Edah mencari alasan. Dan alasan itu berjaya menyembunyikan rahsia sebenarnya. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu rahsianya terbongkar. Kalau terbongkar nanti, habislah rancangan asalnya itu gagal.

“Oh,nak cari kerja di KL. Tapi adik pun hati-hati juga tau bila sampai kat KL tu. KL tu bandar besar. Lebih-lebih lagi adik pun perempuan sorang-sorang. Kena jaga diri baik-baik tau,” pesan makcik tua itu lagi. Edah tidak mampu berkata-kata apa lagi. Dia hanya mampu menguntum senyum.

Walaupun dia langsung tidak mengenali makcik itu, tapi ramahnya seperti telah mengenali Edah sudah lama. Mungkin dia tidak mahu Edah diperapa-apakan. Lebih-lebih lagi dia seorang perempuan. Nalurinya sama sahaja seperti seorang ibu tua terhadap anaknya.

Setelah sejam kemudian, bas sudahpun tiba di pekan kecil. Edah terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket ke KL. Nasibnya baik kerana bas paling awal bertolak adalah pukul sembilan pagi. Dia lantas membeli tiket tanpa banyak soal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience