Bab 5

Romance Series 21447

5

Edah tiba termengah-mengah di pondok bas berhampiran di tengah malam. Akibat buntu tidak tahu hendak ke mana, dia mengambil keputusan untuk tidur dibangku di stesyen bas itu. Akan tetapi, dia berasa sangat takut berseorangan di situ di tengah malam-malam buta ini. Mana tidaknya, sekali datang orang jahat ataupun peragut ke yang mahu meragutnya, habislah dia. Dia mesti mencari tempat untuk tidur di tempat lain.

Tiba-tiba dia terpandangkan sebuah gerai makan di sebelah pondok bas. Gerai makan itu sudah lama tutup. Fikirnya, boleh juga dia tidur di situ semalaman sementara menunggu untuk menaiki bas ke pekan esok.

Edah menghambat ke sana dengan malas. Dengan menjadikan begnya sebagai bantal, diapun tertidur di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience