Bab 9

Romance Series 21447

 9

Di dalam perut bas, Edah hampir tidak sedar bahawa dia telah tertidur hampir dua jam lamanya. Bas yang dinaikinya telah berhenti di sebuah hentian rehat di Machap. Beberapa orang turun dari bas, kemudian barulah dia berkeinginan untuk turut turun sama. Ke tandas tempat yang ditujunya. Mana tidaknya, sudah dua jam lebih terperuk di dalam bas, dia mesti melepaskan hajat dulu sebelum bas sambung bertolak ke KL semula.

Sebaik keluar dari tandas, dia menghambat dirinya ke sebuah van yang saratnya menjual pelbagai makanan. Ramai orang membeli di situ termasuk penumpang daripada bas yang sama. Dia tidak peduli semua itu. Yang penting, perutnya yang berkeroncong perlu di isi segera.

Setelah membeli sebungkus burger dan air kotak, dia mengambil duduk di atas bangku berhampiran. Bersebelahan dengannya adalah seorang lelaki sedang leka menjamah keropok yang dibelinya.

“Cik ni satu bas dengan saya ke?” tanya lelaki itu sambil tersenyum.

“Ya. Abang pun nak pergi KL jugak ke?” Edah memberanikan diri berbual-bual dengan lelaki itu. Fikirnya, tidak ada salahnya beramah mesra dan berkenal-kenalan dengan orang. Mana tahu dia dalam kesusahan, boleh minta pertolongan.

“Ya ke KL. Ada apa awak nak ke KL?” tanya lelaki misteri itu lagi.

“Saya..saya nak cari kerja kat sana. Abang kerja di KL ke?” jawab Edah sambil menjamah burgernya.

“Ya, saya kerja di KL. Buat perniagaan sendiri. Abang balik kampung sekejap kat Pontian. Saja balik jenguk mak dan ayah. Dah lama tak tengok mereka,” balasnya tanpa ditanya.

“Oh, abang sangat bertuah sebab masih ada mak dan ayah. Macam saya ni, mak dan ayah pun dah tak ada. Mereka dah lama meninggal,” jawab Edah dengan perasaan sedih terbuku dihati.

“Maafkan abang. Oh, saya Zulkifli. Panggil saya Zul je. Awak nama apa?” hulurnya tangan untuk bersalam.

“Saya Faridah. Panggil saya Edah saja.” Dia menyambut salaman lelaki itu.

“Nah ini kad saya. Kalau awak masih tak dapat kerja lagi kat KL tu, jangan segan-silu hubungi saya, ya?” ujar Zul sambil menghulurkan kad perniagaannya. “Eh, bas dah nak geraklah. Jom kita naik. Nanti tertinggal bas karang,” ajaknya lagi. Edah cuma mengangguk dan lantas mengikuti Zul dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience