BAB 8

Other Completed 1819

"Setiap pekerja bermula dengan bahagian pembuka selera akan dinilai prestasi kerja mereka. Siapa yang bagus dalam prestasi kerja dia, dia akan menang. Biasanya, orang orang yang rapat dengan Chef Karman saja yang selalu menang." Jawab Rozana.

"Macam mana nak rapat dengan Chef Karman?" Soal Zain ingin tahu,

"Kau kenalah kipas dan ampu dia selalu. Macam yang Siew Ling buat." Emah menjawab.

"Hah? Siew Ling yang duduk satu bahagian dengan kita tu?" Mencerlang mata Zain memandang kedua dua gadis itu.

"Yalah, siapa lagi? Dia selalu masuk bilik Chef Karman. Dia bagilah hadiah ke, dia buatlah minuman ke untuk orang tua botak tu. Sebab tu dia selalu menang. Jika dia buat silap pun dia mana ada kena marah. Chef Karman cakap lembut je dengan dia. Sebab tu ramai pekerja kat sini 'berbulu' dengan dia." Kata Emah.

Barulah Zain faham apa yang telah berlaku. Rupanya politik tetap berlaku di restoran mewah seperti ini. Setahunya hanya politik di pejabat sahaja yang muncul. Di restoran pun orang boleh berpolitik juga. Tiba tiba dia teringat tentang Siew Ling yang tidak dimarahi oleh Chef Karman apabila ada pelanggan mengatakan sandwich yang dibuat oleh Siew Ling itu ada tali di dalamnya. Tali apa dia tidak tahu pula tetapi Chef Karman langsung tidak memarahi Siew Ling. Dia hanya memberi nasihat dengan lembut sekali.

Suatu malam, ketika Zain sibuk menyiapkan sandwich telur yang dipesan oleh pelanggan, tiba tiba Chef Karman masuk ke dapur. "Siapa yang buat sandwich tuna ni?" Soal Chef Karman dengan lantang sambil menunjukkan sepinggan sandwich. Suasana restoran itu menjadi sepi.

"Saya." Jawab Zain. Hatinya mula berasa berdebar debar. Malapetaka apakah yang akan menimpa dirinya kali ini.

"Mari sini kau!" Chef Karman mengarah. Perlahan lahan Zain datang menghampiri Chef Karman. Perasaan takut dan berdebar debar mula menguasai dirinya. Apabila sampai dihadapan Chef Karman, lelaki itu terus membaling sandwich tuna itu di muka Zain. Semua orang terkejut termasuk Chef Wan dan Chef Badar yang berada di situ. Zain benar benar bengang. Chef Karman sudah melampau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience