BAB 10

Other Completed 1819

"Diam!" Chef Karman menjerit lagi. Dia tergamam apabila mendengar kata kata Zain. Keadaan menjadi sunyi semula.

"Sekarang aku nak kau berambus! Keluar!" Kata Chef Karman.

"Dengan senang hati." Jawab Zain. Semua orang tertawa mendengar kata kata Zain. Zain keluar dari restoran itu dengan perasaan gembira. Walaupun dia dipecat namun dia berani untuk mendedahkan kebenaran. Selama ini, semua orang takut kepada Chef Karman tetapi tidak dia. Dia tidak kisah dibuang kerja asalkan hatinya puas.

ZAIN sedang berehat rehat di rumah. Sudah puas dia mencari kerja sepanjang hari namun tidak jumpa. Semua restoran yang dikunjunginya tidak ada kerja kosong. Tiba tiba telefon bimbitnya berdering. Dia lantas menekan butang JAWAB. "Hello!" Ucap Zain. Dia tidak kenal dengan nombor telefon itu. "Assalamualaikum." Ucap suara si pemanggil. "Waalaikumussalam." Jawab Zain. Dia cuba mengingati suara itu namun dia tidak mampu.

"Saya Datuk Adnan. Ini Zain kan?" Datuk Adnan meminta kepastian.

"Ya. Ada apa Datuk?" Soal Zain pula. Pada awalnya dia tidak ingat siapa Datuk Adnan, kemudian dia teringat semula. Dia pernah berjumpa dengan Datuk Adnan di Restoran Mawar beberapa minggu dahulu. Datuk Adnan adalah pemilik Restoran Mawar.

"Saya nak ambil awak bekerja semula di Restoran Mawar. Ramai pekerja di sana mengagumi keberanian awak dalam menentang Chef Karman." Ujar Datuk Adnan.

"Minta maaflah Datuk. Saya dah tak nak bekerja dengan Chef yang kejam macam Kim Jong Il itu." Kata Zain menolak dengan baik.

"Itu awak jangan risau. Saya dah pecat dia minggu lepas." Ujar Datuk Adnan.

"Datuk pecat dia? Kenapa?" Soal Zain yang agak terkejut dengan kenyataan Datuk Adnan itu.

"Saya hairan sebab ramai sangat orang kena pecat kat dalam restoran tu. Jadi saya buat siasatan. Rupa rupanya Chef Karman itu memang seorang pengurus yang teruk. Seorang pelanggan saya beritahu dia banyak menengking para pekerja di restoran tu. Restoran tu pun banyak tanggung kerugian sebab dia. Dia dah curi beberapa ribu duit keuntungan restoran tu." Jawab Datuk Adnan.

Barulah Zain faham setelah menerima penjelasan dari Datuk Adnan. Dia yakin yang batil pasti akan tewas jika melawan yang hak. "Jadi? Awak nak tak kerja kat situ semula? Saya bercadang nak naikkan gaji pekerja-pekerja bulan depan." Soal Datuk Adnan.

Bibirnya menguntum senyum, hatinya berbunga bukan kepalang. Kecil tapan tangan, nyiru ditadahkan. Siapa yang mahu menolak rezeki kan. Dari ruang kecil bernama dapur itu segala impiannya disimpan, tiada pekerjaan lain yang mampu menambat hatinya. Dari ruang kecil tempat dia bermain dengan api, bahan basah, periuk, kuali, sudu dan sudip, berkesperimentasi dengan pelbagai menu. Hanya dari ruang itu sahaja yang memberi kepuasan untuknya.

‘’Ya saya gembira menerima tawaran tersebut, Alhamdulillah.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience