BAB 1

Other Completed 1819

Setiap orang punya cita-cita, ada yang belajar tinggi menggenggam segulung ijazah semata mahu menjadi doktor, peguam dan banyak lagi kerja professional lain, tak kurang juga yang berpendidikan rendah mahu fokus pada berniaga secara kecil-kecilan, bermula dari bawah menimba penngalaman. Begit juga bagi dirinya.

Zain begitu teruja kerana telah mendapat kerja sebagai seorang tukang masak di Restoran Mawar. Itu adalah cita citanya. Menjadi seorang tukang masak adalah cita citanya sejak kecil. Dia begitu mengagumi beberapa orang chef selebriti seperti Chef Wan. Anthony Bordain, Jamie Oliver dan sebagainya. Dia berhasrat untuk menjadi seperti mereka suatu hari nanti.

Semalam dia pergi menghadiri temuduga di Restoran Mawar. Apa yang paling mengejutkan hanya dia sahaja yang hadir dalam temu duga itu. Dia ditemuduga oleh tiga orang tukang masak. Seorang bernama Chef Karman, seorang yang tegas dan garang. Sentiasa serius dan jarang senyum. Dia amat ditakuti oleh kebanyakkan pekerja pekerja di restoran itu. Seorang lagi adalah Chef Razak, seorang yang baik namun agak tegas. Dia agak disenangi oleh para pekerja di restoran itu dan yang terakhir adalah Chef Badar. Sikapnya hampir sama dengan Chef Razak cuma dia agak suka berleter. Tidak seperti Chef Razak dan Chef Karman yang pendiam dan bercakap apabila perlu sahaja.

Keesokannya, seawal pukul 7.30 pagi, Zain sudah terpacak tegak di hadapan Restoran Mawar itu. Sebenarnya restoran itu beroperasi pada pukul lapan malam namun dia dibuka pada awal pagi untuk membuat persediaan. Maklum sahajalah, restoran untuk golongan golongan kaya dan elit. Sudah pasti restoran itu membuat persediaan yang rapi untuk menjaga kualiti makanan dan perkhidmatan mereka.

"Assalamualaikum." Zain terdengar orang memberi salam di belakangnya.

Apabila dia menoleh, dia melihat seorang lelaki yang lengkap berpakaian seperti seorang tukang masak sedang berdiri di hadapannya. Seorang yang agak kacak dan tegap. Kulitnya agak cerah dan berkumis nipis.

"Waalaikumussalam." Jawab Zain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience