BAB 4

Other Completed 1819

"Mana ada kau masak. Kerja kau cuci pinggan. Dah mahir nanti baru kau masak." Jawab Chef Karman.

Zain agak terkejut dengan kata kata yang baru sahaja keluar dari mulut Chef Karman itu. "Razak, kau tunjuk kat budak ni kerja apa yang dia kena buat." Ujar Chef Karman lalu beredar dari situ..

"Baik Chef." Jawab Chef Razak.

"Mari ikut saya." Kata Chef Razak kepada Zain. Zain membuntuti Chef Wan menuju ke bahagian belakang restoran itu. Ada banyak besen besen besar yang terdapat di situ. Terdapat juga sebuah pili air yang agak besar. Kelihatan seorang lelaki berada di situ dan sedang menyusun pinggan mangkuk di tempat disediakan.

"Orang yang baru masuk kerja biasanya tak memasak. Tugas pertama yang dia buat adalah basuh pinggan. Sekarang kamu kena tolong Yasin untuk basuh pinggan dan susun kat rak rak tu." Ujar Chef Razak. Chef Razak tidak garang cuma dia jarang senyum.

"Habis, bila saya boleh masak Chef?" Soal Zain.

"Ikut kepada Chef Karman dan kekosongan. Kalau ada kekosongan dan kalau Chef Karman benarkan baru kamu boleh masak." Jawab Chef Razak.

"Agak agak bila tu Chef?' Soal Zain lagi. Dia tidak akan berpuas hati selagi dia tidak diberi tugas memasak.

"Bergantung kepada keadaan. Saya tak ada jawapan tepat untuk itu." Chef Razak menjawab.

"Yasin, ini kawan baru awak. Nama dia Zain. Saya harap kamu dapat bantu membantu dan berbaik baik." Chef Razak memperkenalkan Yasin kepada Zain. Mereka bersalaman kemudian Chef Razak pun beredar.

"Apa yang saya kena buat bang?" Soal Zain. Dia memanggil Yasin dengan panggilan 'bang' itu kerana Yasin tua tiga tahun daripadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience