BAB 5

Other Completed 1819

"Kau tolong aku susun pinggan ni dulu." Kata Yasin. Yasin seorang yang baik dan peramah. Zain senang berkawan dengan dia.

"Berapa lama abang dah kerja kat sini?" Soal Zain.

"Sudah tiga tahun." Jawab Yasin. Rahim agak terkejut apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Yasin.

"Abang tak pernah masak lagi selama ni?" Zain bertanya.

"Tak pernah. Lagipun abang tak ada diploma atau ijazah dalam bidang masakan. Jadi suka atau tak abang kena kerjalah kat sini." Ujar Yasin.

"Habis abang tak nak cari kerja lain?" Zain bertanya buat sekelian kalinya.

"Buat masa ni tak kot sebab kerja kat sini gajinya tinggi. Abang boleh dapat RM1500 sebulan dengan basuh pinggan kat sini. Sebab tu abang suka kerja kat sini. Dapatlah abang menyara anak dan isteri abang." Jawab Yasin jujur.

"Cukup ke gaji bang?" Soal Zain.

"Kalau ikutkan memang tak cukup. Maklumlah, hidup kat Kuala Lumpur ni semuanya kena pakai duit dan mahal mahal berlaka. Tapi isteri abang kerja. Dapatlah tampung hidup kami sekeluarga. Kita kena ingat ni, rezeki yang halal walaupun sedikit pasti banyak. Tak guna ada gaji banyak kalau tak halal. Nanti pasti tak cukup." Kata Yasin yang diselangi dengan nasihat.

Zain mengangguk setuju. Benar kata abang Yasin. Itulah yang selalu dipesan oleh ibunya. Biar sedikit duit kita asalkan duit itu daripada hasil yang halal. Zain terus menjalankan tugas tugasnya. Setelah tiga minggu dia bekerja di bahagian cuci pinggan mangkuk dan periuk belanga itu, dia dibenarkan memasak. Selama ini kerjanya hanya menghadap periuk belanga sahaja. Kini, dia perlu menghadapi bahan bahan makanan pula.

"Sekarang kamu sudah masuk ke bahagian penyediaan makanan pula. Apa yang paling penting adalah kualiti dan kebersihan. Restoran Mawar ini menjadi terkenal kerana adanya dua perkara ini. Pastikan kamu menjaga kedua dua perkara ini." Ujar Chef Badar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience