BAB 7

Other Completed 1819

"Maaf saja yang kau boleh buat? Kau tahu tak, sebab kau restoran rugi kau tahu tak? Kau memang bodoh!" Jerit Chef Karman. Serentak dengan itu, dia menghempas pinggan yang berisi makanan ke lantai. Habis berkecai pinggan itu di lantai. Semua yang berada di situ diam membisu. Mereka semua ketakutan.

"Sekarang kau berambus dari restoran ini. Mulai hari ni kau dipecat!" Kata Chef Karman dan mula beredar. Cici terus berlari keluar dari dapur dalam keadaan menangis. Beberapa orang tukang masak perempuan pergi mendapatkan Cici untuk memujuknya. "Kenapa Chef Karman marah kat Cici?" Soal Zain kepada Suhaila.

"Ada pelanggan buat laporan ada rambut dalam menu yang Cici masak. Pelanggan tu tak nak bayar dan nak saman restoran ni." Jawab Suhaila.

Zain mengangguk faham. Tahulah dia bahawa peraturan di restoran ini amat ketat. Setiap kesilapan akan mengundang padah. "Tapi Chef Karman pun tak patut buat Cici macam tu. Kalau ya pun tak payahlah sampai nak hempas pinggan ke lantai. Teruk betul Chef Karman ni. Patutlah ramai pekerja tak suka dia. Kejam mengalahkan Kim Jong Il." Suhaila merungut.

Zain hanya tersenyum mendengar rungutan daripada Suhaila. Namun, apa yang dikatakan oleh Suhaila itu ada betulnya. Chef Karman tidak sepatutnya memarahi Cici dengan cara seperti itu. Setelah keadaan kembali tenang, mereka menyambung tugas masing masing.

Setelah beberapa minggu, Chef Karman membenarkan Zain untuk memasak makanan pembuka selera pula. Zain begitu gembira. Sekali lagi dia dapat berkenalan dengan tiga orang yang bekerja di bahagian itu iaitu Emah, Siew Ling dan Rozana. Hanya Emah dan Rozana sahaja yang rapat dengan dirinya kerana Siew Ling adalah seorang yang pendiam. Dia jarang bercakap. Dia hanya melakukan tugasnya sahaja.

"Bila kau dah masuk kat bahagian ni, nama kau akan disenaraikan dalam calon calon pekerja terbaik." Ujar Emah ketika mereka sedang berehat pada waktu itu.

"Calon calon pekerja terbaik? Apa tu?" Soal Zain tidak mengerti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience