BAB 3

Other Completed 1819

Tidak lama kemudian, semua kakitangan Restoran Mawar mula masuk kerja. Zain dapat berkenalan dengan mereka semua. Semua kakitangan di restoran itu baik baik belaka. Walaupun Zain adalah pekerja baru, namun Zain tidak berasa kekok untuk bergaul dengan mereka. Tiba tiba Chef Karman, Chef Wan dan Chef Badar masuk ke dapur. Suasana dapur yang agak hingar bingar tadi mula senyap sunyi.

"Kamu semua ni ada buat pesta ke? Bukan main meriah lagi saya tengok." Soal Chef Karman dengan wajah yang serius. Suasana yang bising tadi bertukar menjadi senyap sunyi. Semua pekerja yang berada di dapur itu mula menikus ketakutan.

"Kamu datang ke Restoran Mawar ni untuk bekerja! Bukan untuk bergelak ketawa macam pesta! Kalau nak gelak gelak pergi berambus kat tempat lain." Ujar Chef Karman. Sungguh pedas dan kasar bahasanya.

"Kamu semua kena tingkatkan prestasi kerja supaya restoran ini boleh jadi terkenal. Itu pesanan Datuk Adnan kepada saya semalam. Untuk pengetahuan kamu, restoran kita ini banyak dah menang anugerah. Restoran kita ni berprestij. Jangan kamu jatuhkan martabat restoran ini serendah harga diri kamu. Faham?" Ujar Chef Karman.

Zain agak terkejut dengan tingkah laku Chef Karman. Dia tahu Chef Karman seorang yang serius tetapi dia tidak menyangka yang dia akan bekerja dengan manusia seperti Chef Karman ini. Chef Karman lebih layak menjadi seorang tentera daripada seorang tukang masak.

"Apa yang kamu tunggu lagi? Cepat buat kerja!" Chef Karman menjerit.

Serentak dengan itu semua kakitangan di dapur restoran itu mula beredar untuk membuat tugasan masing masing. Chef Wan dan Chef Badar hanya memerhatikan sahaja. Mereka tidak berkata apa apa. Zain yang tidak tahu apakah yang harus dilakukan lantas memberanikan diri untuk berjumpa dengan Chef Karman yang sedang berdiri di pintu dapur itu.

"Chef." Zain memanggil dengan lembut dan sopan.

"Apa yang kau nak?" Soal Chef Karman kasar.

"Saya orang baru Chef. Apa yang saya kena masak hari ini?' Soal Zain takut takut. Dia gerun melihat wajah Chef Karman yang seperti mahu menelan orang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience