BAB 6

Other Completed 1819

"Baik Chef. Sekarang saya kena masak apa? Saya dah tak sabar ni." Soal Zain. Dia benar benar teruja. Sekarang barulah dia boleh mempraktikan apa yang dia telah pelajari di kolej dahulu dalam bidang kulinari di dalam masakannya di restoran itu. Jika dahulu dia tidak dapat memperaktikkan apa yang telah dia pelajari di kolej kerana hanya membasuh pinggan sepanjang hari, namun kini cita citanya tercapai. Tinggalah Yasin seorang diri membasuh pinggan mangkuk di belakang kedai.

Membasuh pinggan dan periuk bukannya mudah. Sakit sakit pinggangnya keran terlalu lama duduk membasuh semua pinggan mangkuk itu. Bukan itu sahaja, kadang kadang dia sedih melihat makanan yang tidak habis dibuang begitu sahaja oleh pelanggan restoran itu. Itu adalah pembaziran. Orang orang di negara lain begitu dihambat dengan kelaparan akibat kekurangan makanan tetapi kita pula sewenang wenangnya membuang makanan.

"Sabar dulu. Kamu tak boleh masak sesuka hati kamu. Sekarang ni kamu kena masak stok dahulu. Masak dahulu stok ayam, stok daging dan stok stok yang lain." Jawab Chef Badar.

"Tapi kenapa pula Chef? Kenapa saya tak boleh masak macam Chef Fazli tu?" Soal Zain tidak berpuas hati.

"Kamu belum mahir lagi. Kamu kena belajar dari bawah. Lagipun stok adalah bahan penting dalam masakan. Jangan terlalu memandang rendah tentang kelebihan stok." Jawab Chef Badar.

Zain hanya mengangguk. Benar kata Chef Badar. Stok adalah perkara penting dalam penyediaan makanan terutama makanan makanan Barat. Dia mula memulakan tugasnya sebagai penyedia stok di restoran itu. Dia mula bekerja bersama dengan dua lagi rakannya iaitu Suhaila dan Rohana. Mereka berdua juga baik. Merekalah yang mengajar Zain cara membuat stok.

Satu hari, ketika Zain sedang leka memotong bahan untuk memasak stok ayam, dia terdengar suara Chef Karman menjerit. "Kalau macam ni la kerja kau lebih baik tak payah kerja. Membazir saja duit syarikat membayar gaji kau!" Nyaring sungguh suara Chef Karman bak halilintar membelah bumi.

"Saya minta maaf Chef. Lain kali saya tak buat lagi." Kata Cici yang sudah mula menangis kerana ketakutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience