BAB 6

Romance Completed 1120

Seminggu telah berlalu. Hari pertandingan sudah tiba. Syahrin adalah
peserta terakhir. Aurel hanya melihat Syahrin yang bersemangat membawa
gitarnya. Suaranya mula bergema.

Seandainya kita terpisah jauh

Cintamu selalu jadi semangatku

Seandainya aku mati dahulu

Ku mengharap kau menjaga setiamu

Mendayu-dayu suara Syahrin. Sungguh merdu. Aurel hanya memandang, diam
dan hatinya mula terusik. Setiap lirik dan petikan melodi indah itu
berbekas di hati setiap penonton. Syahrin mendapat tepukan gemuruh. Dia
memenangi tempat pertama dan hadiahnya disampaikan oleh ketua penasihat
Kelab Muzik. Saat syahrin menjulang pialanya, matanya mencari-cari
kelibat Aurel. Mana Aurel ni?

Aurel berada di bukit kenangannya. Tempat dia meluahkan segala kekusutan
hati. “Syahrin, kenapa kau tinggalkan aku dan kembali semula?” Soalan
yang berulang kali ditanya sedangkan Aurel tahu akan jawapannya. Air
mata Aurel tertitis.

“Kau kat sini rupanya!” lantas Aurel memandang wajah seseorang. Syahrin!
Segera airmatanya diseka dari dilihat oleh Syahrin.

“Masalah cinta ke?” Syahrin mengambil tempat duduk di sebelah Aurel.

“Sibuklah kau.” Aurel marah.

Syahrin tidak mempedulikan kata-katanya. “Cantikkan pemandangan kat
bukit ni? Ini tempat kegemaran kau juga ke? Samalah dengan aku. Tempat
ni memberikan ketenangan dan kenangan. Kenangan aku dan...” Syahrin
tidak menyambung ayatnya selepas terpandang Aurel yang masih menangis.

“Aurel, cuba cerita sikit masalah kau kat aku. Anggap aje aku ni teman
kau paling rapat sekali.” Syahrin kasihan melihat Aurel.

‘Memang kau teman aku yang paling rapat.’ hatinya berkata-kata. Aurel
menggelengkan kepala.

“Baiklah. Kalau kau tak nak cerita tak apa. Aku faham tapi kau kena
dengar cerita aku. Kau nak tahu tak aku dulu pernah bercinta. Aku
sayangkan dia. Tapi kami dah terpisah lama. Aku tak tahu kat mana dia
sekarang. Puas aku cari dia.” luahan hati Syahrin terhenti. Lama dia
memandang pemandangan indah itu.

“Aurel, kau nak tak dengar lagu aku dan dia. Kami reka lagu tu kat
sini.” Syahrin mengambil gitarnya dan mula mengalunkan lagu.

Dalam hati kita ada satu cinta

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience