Antara engkau dan aku
Tiada kata selain janji setia
Aku akan selalu menyayangi dirimu
Selalulah ada di sampingku
Selalulah mengatakan kau cintakan aku
Seluruh hidupini kuserahkan padamu
Aku telah terjatuh.. jatuh cinta padamu
“Aku sangat sayangkan Laura. Dulu aku selalu sakat dia. Senyuman dia
pengubat hati aku. Tapi sekarang sejak dia dah tak ada, aku rindu.”
Syahrin menundukkan wajahnya yang mulai sedih.
“Kalau betul kau sayangkan dia, kenapa kau tinggalkan dia?”
“Mana ada aku tinggalkan dia.” Syahrin menafikan.
“Bohong! Kalau betul kau cintakan dia, kenapa kau dengar kata mama kau
supaya tinggalkan aku.”Aurel memarahi Syahrin.
“Tak, aku tak tinggalkan Laura. Eh!..” Syahrin terkejut.
“Kau tinggalkan... aku.” Perlahan dan sayu percakapan Aurel. Mujur
Syahrin tidak mendengar perkataan terakhir.
“Macam mana kau tahu mama adalah punca aku dan Laura berpisah?” Syahrin
memegang bahu Aurel. Aurel tersedar dari percakapannya.
“Urm, mana ada aku cakap apa-apa.” Aurel cuba menafikan kenyataannya
sebentar tadi.
“Aurel, kau kenal Laura ke? Di mana dia sekarang? Aku nak jumpa dia. Aku
nak minta maaf kat dia.” Syahrin mula mendesak Aurel.
“Aku tak kenal dia. Aku nak balik!” Aurel bingkas bangun dari tempat
duduknya dan segera beredar.
“Nanti! Aurel.” Syahrin mengejar Aurel.
“Kau abaikan perasaan dia. Kau dah tak ada makna lagi dalam hidup dia.
Kalau kau jumpa dia pun, dia dah tak sama seperti dulu.”
“Aku harus menurut perintah mama. Mama meminta aku berpisah dengan
Laura. Aku tak sampai hati. Aku tak nak jadi anak derhaka. Selepas
seminggu aku berpisah dengan Laura, mama pula meninggal. Aurel, dua
tahun aku cari dia di rumahnya. Tapi dia dah berpindah. Tolong aku.”
Syahrin merayu.
“Maaf Syahrin, dia tak mungkin akan memaafkan kau kerana akibat
perbuatan kau memutuskan dia, hidupnya terus berubah.” Aurel ingin pergi.
“Aku dah tak ada sesiapa lagi di dunia ini melainkan Pak Karim yang aku
anggap sebagai ahli keluarga menemani aku setiap masa. Aku bahagia
kerana Pak karim ada tetapi aku juga merana kerana hatiku tak terisi
kasih Laura. Aku sunyi.”
“Sebab kau sunyi... barulah kau terdesak mahukan Laura mengisi
kekosongan hidup kau!” Aurel menjeling.
“Aurel, dia dan Pak Karim saja ahli keluargaku sekarang. Semua harta aku
waksiatkan pada Laura dan Pak Karim. Kalau aku mati, Laura dan Pak Karim
yang akan menentukan di mana pusara aku nanti.”
“Kalau kau mati sekalipun, aku percaya Laura tidak akan menziarahi kubur
kau.” Selesai menyudahkan kata-katanya, Aurel segera pergi. Syahrin
dibiarkan tinggal keseorangan. Syahrin duduk termenung sendirian. Dia
banyak berfikir.
Share this novel