BAB 10

Romance Completed 1120

Aurel menangis kembali. Selepas sepuluh minit, Aurel menghubungi Pak
Karim. Mereka berdua berbual agak lama. Akhirnya Pak Karim membiarkan
Aurel membuat keputusan untuk Syahrin.

Petang itu, beberapa orang jururawat dan doktor telah mengambil tempat.
Hanya menunggu masa untuk mencabut alat sokongan hidup dari tubuh
Syahrin. Aurel mendekati Syahrin dan membisikkan kata-kata terakhir.

“Syahrin, maafkan aku. Ini adalah keputusan yang tepat buat dirimu.
Syahrin, aku tahu kau tak mungkin dengar apa yang aku katakan tapi jika
ditakdirkan Allah... kau mendengar, ikutlah ucapan dua kalimah syahadah
ini.” Aurel membisikkan kalimah Syahadah. Bibirnya menggigil apabila
menyebut kalimah tersebut. Air matanya mulai berjuraian. Setelah
selesai, Aurel meninggalkan bilik rawatan Syahrin kerana tidak sanggup
melihat pemergian kekasihnya. Aurel duduk di sudut luar bilik rawatan
Syahrin dan terus menangis.

“Syahrin, maafkan aku!” bisik hatinya. Aurel mendengar doktor memberikan
arahan kepada jururawatnya untuk mencatatkan waktu kematian Syahrin.
Aurel menutup telingannya dengan kedua tapak tangan supaya tidak
mendengar percakapan antara jururawat dan doktor lagi. Aurel menangis
sekuat hati dan tidak mempedulikan sesiapa di sekelilingnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience