BAB 5

Romance Completed 1120

Waktu pagi yang nyaman menyegarkan seluruh tubuh. Aurel berdiri di
balkoni sambil memerhatikan terbitnya mentari. Aurel sengaja bangun awal
dari Cat kerana tidak mahu berebut bilik mandi. Dia segera mengambil
tuala dan membersihkan diri.

Pagi itu Aurel datang awal ke kolej kerana ada mesyuarat untuk semua
ahli kelab muzik. Ketika sedang sibuk mengambil kedatangan ahlinya...

“Hai, selamat pagi Aurel.” sapa Syahrin.

“Selamat paaa... engkau! Macam mana kau tahu nama aku ni?” soal Aurel.

“Siapa yang tak kenal dengan pengerusi Kelab Muzik yang popular ni. Saya
ahli baru kelab ni tau?” sambil tersengih. Syahrin mengambil tempat duduk.

Macam mana Aurel dapat menjarakkan diri dari Syahrin kalau lelaki itu
selalu ada didepan matanya. Tak kan Aurel terpaksa meletakkan jawatan.
Menjadi pengerusi Kelab Muzik adalah cita-citanya sejak zaman sekolah.
Dulu Syahrin pernah menjadi pengerusi Kelab Muzik ketika belajar di
sekolah menengah. Tak mustahil Syahrin akan mengambil posisinya jika
Aurel meletakkan jawatan. Tak sanggup Aurel melihat Syahrin memimpin
kelab yang dibinanya hingga kukuh sampai ke hari ini.

“Erm, saya rasa tahun ni kita adakan pertandingan mencipta lagu. Tapi
penyertaan hanya pada ahli biasa sahaja. Ok tak?” Aurel memberikan cadangan.

“Kami tak kisah. Terpulang kepada pengerusi.” semua menyatakan
persetujuan mereka.

“Okey, kalau semua setuju eloklah jika pertandingan ini dilaksanakan
minggu depan.” Aurel mula menyerahkan tugas kepada semua ahli
jawatankuasa. Semua ahli bersurai selepas mesyuarat ditangguhkan.

“Aurel! Tunggulah.” Syahrin mengejar Aurel yang kelihatan terburu-buru
beredar.

“Nak apa?!” Langkah kaki Aurel diperlahankan.

“Aurel, aku nak tanya. Boleh tak kau bantu aku untuk persiapan
pertandingan ni?”

“Tak boleh!” Aurel menyegerakan langkahnya semula.

“Please!” Syahrin memohon dengan bersunguh-sunguh.

“Kalau tak berkemampuan... jangan sertai pertandingan ni.” Aurel terus
membelok ke laluan perpustakaan. Syahrin mengeluh tetapi ada inspirasi
yang diperolehi dari Aurel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience