“Kak Hanny.” Sungguh pelahan nada suara Laura. Dia memanggil Hanny yang
tertidur di sofa. “Kak Hanny!” suara Laura sedikit keras.
Hanny memisat-misat matanya. “Urm... kau dah sedar dik. Doktor! Doktor!
Adik saya dah sedar.” Hanny meluru keluar dari bilik pesakit untuk
mendapatkan doktor. Doktor segera ke bilik VIP yang menempatkan Laura.
Mata dan denyutan jantung Laura di periksa.
“Cik Laura tak perlu risau. Keadaan awak sudah stabil sekarang.” Selepas
mengambil rekod kesihatan doktor berlalu pergi ke bilik pesakit lain.
“Kak Hanny, Laura dah berapa lama kat sini?”
“Dah seminggu Laura tak sedarkan diri. Baguslah Laura dah okey
sekarang.” sambil Hanny memegang tangan Laura.
“Kak, seluruh wajah Laura sakitlah kak.” Laura memegang balutan di
wajahnya. Hanny memandang ke luar tingkap. Matanya tidak berani menatap
mata Laura.
“Kak, kulit muka ni melecur ke? Kenapa bibir Laura terasa bengkak? Kak,
apa dah jadi dengan wajah Laura? Kak!” Laura mulai menangis. Laura
mencari cermin disekitar kelilingnya. Tetapi tidak jumpa, lalu dipegang
bahu kakaknya dan bertanya soalan sama.
“Laura, wajah Laura sudah tidak sempurna seperti dahulu. Laura kena
menjalani pembedahan plastik supaya wajah Laura boleh secantik dahulu.”
Hanny cuba memujuk Laura.
“Tak mungkin! Kak, semua ni tak betulkan kak.” Tangisan Laura semakin
kuat. Tiba-tiba Laura menjadi tidak stabil. Segera Hanny memanggil
doktor. Doktor memberikan ubat penenang kepadanya. Laura mulai mengantuk.
Share this novel