Cahaya mentari mulai hilang saat malam menyapa bumi. Satu jasad mulai
sedar bila melihat suasana sudah bertukar gelap. Laura berjalan menghala
ke arah tempat dia meletakkan keretanya dan mulai memandu keluar ke
lebuh raya.
Lagu ‘hati yang kau sakiti’ dendangan Rossa benar-benar mengusik
sekeping hati yang terluka. Laura tidak dapat menahan air mata ketika
lagu itu berkumandang. Lalu ditekan-tekan punat radio. Malangnya semua
stesen radio menyiarkan lagu-lagu yang meruntun hati. Laura segera
mematikan radionya.
“Tak ada lagu lain ke? Kenapa semua siaran radio asyik mendendangkan
lagu sedih waktu macam ni.” Sambil Laura menyapu air matanya.
Laura melepaskan rasa marah dengan memecut laju keretanya. Kepuasan yang
dikecapi saat melepasi had kelajuan yang dibenarkan dikawasan tanah
tinggi. Sekejap saja Laura sudah berada di sekitar taman perumahan
elitnya. Bangggg!!! Sebuah kenderaan yang juga laju datang dari simpang
taman perumahannya telah melanggar kereta Laura.
Laura dikejarkan ke hospital.
“Macam mana keadaan dia doktor?” tanya Hanny.
“Cik ni siapa?” soal doktor.
“Saya kakaknya.” Hanny memperkenalkan diri.
“Sekarang dia dalam keadaan stabil, tapi kecederaan di wajahnya sangat
teruk. Kami harus melakukan pembedahan ke atasnya. Kami memerlukan
keizinan ahli keluarganya. Jika Cik Hanny setuju, kami akan melakukan
pembedahan. Cik Hanny...” kata-kata doktor terhenti.
“Ya, doktor?” Hanny memandang wajah doktor yang berkerut.
“Wajah asalnya tidak dapat diselamatkan kerana struktur tulangnya telah
hancur. Dia akan mengalami kecacatan di wajahnya.” ujar doktor.
Hanny terkejut. “Tapi doktor, pasti ada cara untuk memperbaiki wajah Laura.”
“Mungkin cara yang paling sesuai adalah melakukan pembedahan plastik.
Tetapi eloklah jika Cik Hanny bertanya sendiri pada Cik Laura selepas
dia sedar nanti. Buat masa ini apa yang kami boleh lakukan ialah
menyelamatkan apa saja yang boleh diselamatkan.”
Penjelasan doktor tentang keadaan Laura telah membuatkan Hanny
keresahan. Bimbang akan perasaan Laura nanti jika seandainya Laura tidak
dapat menerima kenyataan akan realiti yang bakal dihadapi.
Share this novel