BAB 9

Romance Completed 1120

“Aurel, sudahlah. Semua tu takdir Allah. Mungkin semua ini ada
hikmahnya.” Hanny menenangkan Aurel yang tidak berhenti dari menangis.

“Kak Hanny, mana mungkin Aurel menerima segalanya. Semua ni salah Aurel.
Aurel menyesal kerana memarahinya. Semua yang terjadi pada Aurel adalah
kerana kelalaian Aurel sendiri. Aurel tak dapat menerima kehilangan
lagi. Seandainya Aurel berhati-hati tak mungkin Aurel akan melanggar
Syahrin.” Aurel memandang Syahrin yang sudah terdampar di atas katil
dalam keadaan koma selama sebulan.

“Aurel! Sudahlah. Aurel sendiri tak tahu yang Syahrin ada di belakang
kereta.” Hanny cuba menenangkan Aurel.

“Kak, Aurel sayangkan dia. Aurel sedar selama ni Aurel hanya memikirkan
diri sendiri. Aurel biarkan fikiran menguasai tindakan. Aurel abaikan
hati ini kerana Aurel tidak mahu terluka lagi tapi ternyata Aurel salah.
Bukan semua perkara boleh selesai dengan bergaduh.” Aurel memegang
tangan Syahrin.

Doktor memasuki bilik Syahrin dan ingin bertemu dengan Aurel. “Cik,
setelah pihak hospital meneliti semula kes Encik Syahrin. Kami semua
bersependapat bahawa Syahrin tidak dapat diselamatkan lagi. Demi rasa
kemanusiaan eloklah rasanya jika Cik Aurel membuat keputusan untuk
menamatkan riwayatnya dengan mencabut alat sokongan hidup.” Aurel
terkejut dan terduduk. Dia benar-benar tidak dapat menerima apa yang
dikatakan oleh doktor itu. Sebelum beredar, doktor menasihati Hanny agar
memujuk Aurel.

“Kak Hanny, apa perlunya Aurel hidup jika Syahrin tiada lagi.”

“Aurel, sudahlah! Menamatkan fungsi alat sokongan hidupnya adalah cara
yang paling terbaik. Kita tak boleh berterusan bersikap mementingkan
diri dengan mengekalkannya dalam keadaan ini.”

“Mementingkan diri? Kak, mengambil nyawa orang itu hak Allah.” Aurel
bangun dan memandang ke luar jendela. Hatinya resah.

Hanny menghampiri Aurel. “Cuba Aurel fikir. Kak Hanny rasa... dia juga
tak mahu melihat Aurel terus menangis dan tidak meneruskan hidup seperti
biasa. Aurel... dengan membiarkan dia sebegini rupa hanya akan menyeksa
jiwanya. Kenyataannya dia sudah pergi. Kalau tidak kerana alat sokongan
hidup, tak mungkin jantungnya akan terus berdenyut.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience