Keesokannya, Syahrin mencari Aurel di kolej tetapi dia tiada. Lalu
Syahrin bertanya pada Cat. Rupa-rupanya Aurel pergi ke Istana Budaya
kerana ada persembahan. Syahrin bergegas ke Istana Budaya. Syahrin
mencari Aurel di belakang pentas tetapi kelibat Aurel tidak kelihatan.
Tiba-tiba Syahrin ternampak Aurel di atas pentas. Aurel sedang membuat
persembahan dan mendendangkan lagu ‘Masih Cinta’ iaitu lagu dari
kumpulan Kotak. Setelah selesai menyanyi, Aurel terus bersajak. Sedang
Aurel bersajak dia terpandang akan Syahrin. Mata mereka saling bertaut.
Syahrin menaiki pentas. Syahrin mula menyambung sajak Aurel secara spontan.
Tawamu memikat pandangan,
Renungan matamu penuh dengan keiklasan,
Bicaramu melenyapkan kesedihan,
Aku tertawan...
Penonton bersorak kerana penghayatan Syahrin menyentuh hati penonton.
Syahrin tidak mempedulikan orang sekeliling. Dia terus mendapatkan Aurel
dan memegang tangannya. Aurel memandang tepat ke anak mata Syahrin yang
dipenuhi kesedihan. Ada kejujuran dalam setiappercakapannya. Syahrin
melutut di depannya.
“Aurel, maafkan aku kerana lambat menyedari. Aku cintakan kau.” Aurel
sakit hati. Sebegitu cepat Syahrin melupakan Laura. Aurel berjalan ke
hadapan, Syahrin mengikutinya. semua penonton memerhatikan mereka.
“Kasihan Laura. Begitu cepat kau melupakannya.” Aurel menggelengkan kepala.
“Aku mencintai kau dan Laura kerana kamu orang yang sama.” Aurel terus
memandang Syahrin dalam keadaan terkejut.
“Apa yang kau mengarut ni?” Aurel meninggikan suara.
“Bagaimana aku boleh terlepas dari mengetahui hal sebenar yang terjadi
pada kau? Mujurlah aku terserempak dengan Kak Hanny pagi tadi dan dia
ceritakan segala yang berlaku. Kenapa kau tak beritahu aku?” soal Syahrin.
“Untuk apa? Untuk kau ketawakan aku. Aku tak tagih simpati kau.” emosi
Aurel terganggu.
“Aku tahu kau tak memerlukan simpati dari aku. Tapi kau perlukan cinta
aku untuk meneruskan hidup.”
“Apa? Aku perlukan cinta kau? Kalau aku perlukan cinta kau, dah lama aku
cari kau. Kau fikir aku tak bahagia? Aku bahagia, malah lebih bahagia
bila kau tiada di sisi.”
Syahrin bangun dan mendekati Aurel. “Aurel, maafkan aku.”
“Tidak! Tidak sama sekali. Aku sudah membuat keputusan sejak bertahun
yang lalu. Aku cuba untuk tidak mencintai kau. Tolonglah, jangan cari
aku lagi.” Aurel menuruni pentas dan meninggalkan Syahrin sendirian.
Penonton menepuk tangan kerana drama yang berlaku di pentas itu dianggap
lakonan yang paling hebat.
“Aurel....” hati Syahrin merintih. Sementara itu Aurel terus berlari dan
menaiki kereta. Enjin kereta dihidupkan dan Aurel terus menangis dan
entah bagaimana Aurel tertolak gear undur dan bangggg!!!..
“Apa tu?” Aurel mengesat air mata. Dia segera turun dari kereta dan
rupa-rupanya dia telah melanggar seseorang. Darah merata-rata, kepala
mangsa terhentak ke dinding, tubuhnya tersepit di antara belakang kereta
dan dinding.
Share this novel