BAB 11

Romance Completed 1120

Lima bulan berlalu, Aurel berada di sebuah pantai persendirian di sebuah
pulau dan ditemani oleh Pak Karim. Dia berjalan ke balkoni yang dibina
indah di sebuah rumah mewah. Dia duduk di atas sebuah kerusi
bersebelahan dengan seseorang. Kini hidup Aurel tetap bahagia walaupun
hakikatnya dia seperti orang gila yang bercakap seorang. Dia menghayati
setiap lagu yang diciptanya supaya orang kesayangannya terus mendengar
dan merasai kasih sayangnya.

Aurel memetik gitar kesayangannya dan menyanyi. Jiwanya rasa terhibur.
Dia memandang wajah insan yang dicintainya. “Syahrin, aku akan tetap
menunggu hingga akhir hayatku. Menunggu kau sedar dari lena dan
mengotakan janjimu.” lalu senyuman di lemparkan ke arah lautan yang luas.

Hatinya terasa damai. Aurel sedar perbuatannya melarang doktor
menghentikan sebarang proses menamatkan riwayat hidup Syahrin akan hanya
menyeksa dirinya kerana terpaksa melihat Syahrin seperti tidak bernyawa.
Namun bagi Aurel dengan menatap wajah Syahrin setiap hari untuk seumur
hidupnya lebih baik dari meratapi kehilangan Syahrin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience